Buletin

UMW TOYOTA CATAT JUALAN 9,026 UNIT PADA Q1 2023. PROMOSI HINGGA RM8K, PEMBIAYAAN 100% SEMPENA RAMADAN

UMW Toyota Motor menamatkan suku pertama 2023 dengan mencatat jualan sebanyak 9,026 unit untuk Toyota dan Lexus berjaya menjual 110 unit.

Angka tersebut adalah yang tertinggi pernah dicatatkan bagi suku pertama, sekali gus memecah rekod jualan yang direkodkan pada Februari 2023 iaitu 9,297 unit (Toyota + Lexus).

Secara keseluruhan, UMW Toyota Motor berjaya menyerahkan 25,291 unit kenderaan kepada pelanggan, berbanding 22,447 unit pada tempoh sama tahun lalu.

Perkembangan berkaitan, Toyota Vios serba baharu tampil dengan tawaran menarik termasuklah teknologi terkini, prestasi lebih baik, cekap serta mampu miliki.  

“Toyota Vios serba baharu menyediakan pelanggan kami dengan kenderaan dan pengalaman pemilikan yang terbaik. kami berharap ramai rakyat Malaysia dapat menikmati pemanduan Vios,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K.

Selain itu, UMW Toyota Motor juga mengadakan acara penanaman pokok (UMW Green Shoots Inisiatif), dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia di Tanjung Tuan, Melaka sempena acara Raptor Watch 2023.

Inisiatif ini menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Kebangsaan, selain memenuhi ketiga-tiga objektif Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Ia juga sejajar dengan Komitmen Toyota Motor Corporation untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

Sempena bulan Ramadan ini, UMWT mengumumkan promosi untuk beberapa model terpilih bernilai sehingga RM8,000, pembiayaan pinjaman 100% dan Toyota Service Savers dengan ansuran bulanan serendah RM22.

Pemilik Toyota juga boleh mengharapkan perjalanan pemilikan kereta lebih lancar dengan perkhidmatan selepas jualan Extra Mile yang menjanjikan pengalaman pemilikan kereta luar biasa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang UMW Toyota atau hubungi mereka di talian 1-800-8- TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button