
THAMLEV PILIH MALAYSIA JADI HAB PENGELUARAN BASIKAL ELEKTRIK, LABUR RM100 JUTA
Sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Thamlev USD Ltd. telah memilih Malaysia sebagai hab pengeluaran basikal elektrik mereka.
Dengan nilai pelaburan sebanyak RM100 juta dalam Kenderaan Elektrik Ringan (LEV), ia mampu mengubah Malaysia menjadi hab LEV seperti eMoped, eMotorcycle, eMicrocar untuk pasaran global dan menjana kira-kira 750 peluang pekerjaan di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Thamlev Mobility Sdn. Bhd., Kelvin Tham berkata, “Thamlev komited untuk menghasilkan reka bentuk LEV yang inovatif, mampan dan menarik.”

Pada tahun ini, Thamlev berada di kedudukan kelima dengan jualan tahunan sebanyak 4000 unit di Amerika Syarikat (AS). Syarikat itu juga berhasrat untuk mengembangkan lagi pasaran mereka di seluruh AS, Eropah serta rantau ASEAN dalam masa terdekat.
Syarikat itu juga telah menandatangani memorandum perjanjian dengan NanoMalaysia dan Hyundai Kefico Corp pada tahun lalu, mengenai EV Micro Mobility Ecosystem berjumlah AS$30 juta (RM140 juta).
Thamlev akan bekerjasama dengan Curo Co. Ltd, Hyundai Electric and Energy Systems Co.Ltd, Daegu Mechatronics and Materials Institute dan Signet EV untuk membentuk konsortium Battery Swap Station (BSS) di Malaysia.
Dengan adanya teknologi baharu ini kelak, ia menjangkakan peningkatan dalam sasaran pengeluaran tahunan sehingga 100,000 unit setahun menjelang 2025.
Pangkalan pembuatan baharu Thamlev di Malaysia akan berfungsi sebagai hab pusat bagi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Di samping pembangunan reka bentuk, penyepaduan sistem kenderaan, peralatan R&D dan BSS Power Train berasaskan Gallium Nitride (GaN).
Ia juga akan menjadi hab pembuatan utama untuk mengeksport LEV ke pasaran berpotensi tinggi seperti AS dan Eropah mulai Januari 2023.
Sementara itu, China akan membekalkan pelbagai jenis alat ganti am dan rangka basikal. – Business Today
- BACA: HONDA DAN MUJI HASILKAN BASIKAL ELEKTRIK MINIMALIS MSO1. HANYA DI CHINA, BERMULA RM3,280
- BACA: GRAPHJET TECHNOLOGY BEKAL GRAFIT DAN GRAFIN UNTUK BASIKAL ELEKTRIK TOYODA TRIKE
- BACA: BASIKAL ELEKTRIK DELFAST DIPASANG ROKET. NAK LETUPKAN KERETA KEBAL RUSIA
- BACA: SUPER73 BIKIN BASIKAL ELEKTRIK KUSTOM TANDA PENGHARGAAN KEPADA DUCATI