
SUPER73 BIKIN BASIKAL ELEKTRIK KUSTOM TANDA PENGHARGAAN KEPADA DUCATI
Jenama terkenal Califronia Amerika Syarikat (AS), Super73 telah membangunkan basikal elektrik kustom untuk meraikan sejarah Ducati.
Basikal elektrik yang mendapat sentuhan warna inspirasi daripada jentera Ducati itu dikatakan mendapat tag harga bermula AS$2,195 (RM9,187).
Kerangka basikal elektrik itu didatangkan warna merah dipadankan sentuhan warna emas pada bahagian pedal, fork dan bolt rantai.

Pada bahagian tempat duduk pula hadir dengan fabrik anti licin digabungkan warna hitam serta merah dan rim mendapat logo klasik Dugati.
Basikal serba baharu tersebut dilengkapi brek empat piston Magura MT5 digabungkan cakera 203 mm pada bahagian depan serta 180 mm di belakang.

Selain itu, ia mendapat bar hendal Blain dan tayar Tropper.
“Basikal elektrik ini dibangunakan sebagai tanda penghormatan kepada jenama yang telah menetapkan standard terhadap perlumbaan motosikal sejak 1926,” kata Super73 dalam satu kenyataan. – carscoops
- BACA: DUCATI SUPERLEGGERA V4 DAPAT LIVERY LAMBO AVENTADOR SVJ. SATU JE DALAM DUNIA
- BACA: INI DUCATI MotoE, TAK ADA ENJIN DAN GUNA ELEKTRIK!
- BACA: BASIKAL ELEKTRIK SUPER73 DAPAT SENTUHAN JENAMA FESYEN PERIOD CORRECT. 15 UNIT SAHAJA. HARGA RM12,435
- BACA: BASIKAL ELEKTRIK EDISI TERHAD HOT WHEELS X SUPER73-RX. HARGA BERMULA RM21,000