Buletin

FERRARI 458 SPECIALE

Pengedar dan pengimport rasmi kenderaan Ferrari di Malaysia, Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia) baru-baru ini memperkenalkan model Ferrari 458 Speciale di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

Ferrari 458 Speciale  (12)

Pengenalan itu dilakukan sempena acara Ferrari Racing Days yang diadakan buat julung-julung kalinya. Penambahan model itu ke dalam rangkaian produk Naza Italia menjadi bukti kesungguhannya untuk menawarkan pelanggan di Malaysia dengan model Ferrari yang komprehensif.

Ferrari 458 Speciale  (7)

Ferrari 458 Speciale ialah produk terbaharu Ferrari yang berpaksikan kepada falsafah dan inovasi teknologi Ferrari. Ia melibatkan rangkaian kuasa, aerodinamik dan dinamik pemanduan. Sekali gus mengubah model 458 Italia menjadi sebuah jentera yang layak menerima nama Speciale.

Ferrari 458 Speciale  (8)

Banyak spesifikasi sofistikated yang diaplikasikan buat pertama kali ke dalam Ferrari 458 Speciale akan menjadi ciri standard pada semua model Ferrari pada masa depan. Salah satu ciri paling inovatif ialah Side Slip angle Control system (SSC) yang membolehkan kereta dapat dikawal dengan cemerlang.

Ferrari 458 Speciale  (11)

Enjin V8 bersesaran 4.5 liter aspirasi biasa menjadi nadi kepada kereta sports ini. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 597hp @ 9,000rpm dan tork puncak 540Nm @  6,000rpm.

Ferrari 458 Speciale  (6)

Dengan enjin penuh kuasa itu, Ferrari 458 Speciale mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh hanya 3.0 saat. Jentera itu turut mencapat kelajuan 1 minit 23 saat di liter ujian Fiorano.

Ferrari 458 Speciale  (5)

Ferrari 458 Speciale ditawarkan pada harga RM1,238,800 seunit, tidak termasuk duti dan sebagainya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button