Peranti

LOGITECH POWERSHELL CONTROLLER + BATTERY

Logitech PowerShell Controller + Battery membolehkan anda menggunakan kawalan permainan video dengan rekaan onsol dan meningkatkan masa bermain pada iPhone 5s, iPhone 5 atau iPod touch (generasi kelima) dengan sistem iOS 7.

powershell-controller-battery-590x330

Untuk menggunakan konsol mobil ini, anda hanya perlu memasukkan iPhone atau iPod touch ke dalam alat kawalan (controller) tersebut.

Kawalan analog pada Logitech PowerShell Controller + Battery menawarkan pengalaman bermain permainan video yang sama dengan konsol pemain (console player) lain. Ini kerana ia mempunyai butang trigger dan face yang membolehkan anda mengawal permainan.

Logitech PowerShell Controller + Battery(2)

Hasilnya, anda boleh menggunakan keseluruhan skrin untuk bermain. Bentuk controller yang selesa pula membolehkan anda bermain dalam tempoh lebih lama. Saiznya yang kecil membuatkannya mudah disimpan di dalam poket atau beg.

Dengan iPhone atau iPod touch berada di dalam controller, anda mempunyai akses penuh kepada butang on/off, kawalan suara, kamera, pembesar suara, headphone jack dan mengecas.

powershell-controller-battery-images-2

Bukan itu sahaja, bateri controller yang berkuasa 1500 mAh boleh meningkatkan kapasiti bateri peranti anda. Malah, anda boleh mengecas kedua-dua bateri tanpa mengeluarkan peranti daripada controller.

Controller ini serasi dengan sistem kawalan permainan iOS 7. Antara permainan video yang ada di App Store sekarang ialah Bastion, Fast & Furious 6: The Game, MetalStorm Aces, Galaxy On Fire 2™ HD dan Nitro™.

powershell-controller-battery (slider luar)

Logitech PowerShell Controller + Battery boleh anda miliki pada harga RM399. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.logitech.com/my atau www.facebook.com/LogitechMalaysia

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button