Buletin

FLOPPY DISK BELUM KETINGGALAN ZAMAN. MASIH DIGUNAKAN OLEH INDUSTRI PENERBANGAN!

Lama sebelum munculnya zaman SSD, pemacu USB atau CD dan DVD, cakera liut (floppy disk) digunakan untuk anda menyimpan fail penting. Seiring dengan perkembangan zaman, cakera liut semakin tenggelam dalam perkembangan teknologi yang kian maju.

Seperti di Jepun, negara itu mengisytiharkan ‘perang’ ke atas peranti storan fizikal dan akan menggubal peraturan yang memerlukan perniagaan beralih kepada perkhidmatan atas talian.

Berbeza di Amerika Syarikat, cakera liut nampaknya tidak lapuk seperti yang kita sangka. Meskipun ia seperti ketinggalan zaman, namun sekurang-kurangnya ada satu industri masih berminat dengan peranti storan ini.

Menurut pengasas floppydisk.com, Tom Persky, industri penerbangan adalah salah satu pelanggan terbesarnya. Beliau mengatakan hal tersebut di dalam buku baharu bertajuk ‘Floppy Disk Fever: The Curious Afterlives of a Flexible Medium” oleh Niek Hilkmann dan Thomas Walskaar.

Dalam temu bual daripada buku tersebut, turut dinyatakan adalah kebanyakkan pengguna cakera liut adalah pengguna industri. Seperti dinyatakan di atas, pelanggan terbesarnya adalah industri penerbangan.

Mereka masih menggunakan peranti storan itu untuk beberapa avionik, meskipun syarikat penerbangan tersebut sudah pun berkecimpung dalam industri lebih 20 tahun.

Tom Persky mencipta cakera liut itu untuk bertahan lebih 20 tahun dan terbukti kini masih ada penggemar ingin membeli, mungkin sepuluh, 20 atau mungkin 50 nit. Dia juga memberitahu sektor perubatan masih menggunakan peranti tersebut.

Barangkali, kepercayaan dan ketahanan kepada peranti storan dalam bentuk fizikal lebih meyakinkan berbanding perkhidmatan atas talian yang mungkin lebih mudah untuk digodam, kecuali anda cuai terhadap peranti storan fizikal milik anda.

Google ads
Back to top button