Peranti

ACER ENDURO T1 DAN N3. PERANTI TAHAN LASAK UNTUK ANDA. BERMULA RM1,599

Acer Malaysia baru-baru ini mengumumkan pra-tempahan untuk rangkaian komputer riba dan tablet baharu tahan lasak iaitu siri Enduro.

Notebook Rugged Acer Enduro N3

Dibina untuk memberi keseimbangan di antara ketahanan dan mudah dibawa ke mana-mana, Acer Enduro N3 cukup ideal bagi pengguna yang sering berada di tempat kerja berbeza seperti arkitek, jurutera, pemeriksa projek, pengurus acara, pekerja ladang atau mereka yang gemar merakam aksi ketika berada di luar rumah.

Memiliki keupayaan MIL-STD 810G dan IP53, Acer Enduro N3 merupakan komputer riba lasak bersaiz 14 inci yang paling ringan setebal 24.85mm dan berat 1.985kg.

Ia tampil dengan bahagian sudut yang diperkukuhkan dan Corning® Gorilla® Glass untuk melindungi paparan daripada air. Sementara ciri unik Aquafan™ berfungsi menghalang air.

Sebagai tambahan, lubang saluran air pada papan kekunci dan port I/O dengan kedapan membolehkan Acer Enduro N3 sentiasa kering dan boleh berfungsi seperti biasa walaupun terdedah kepada air.

Jangka hayat bateri selama 13 jam menjadikannya peranti terbaik di tempat kerja, terutama di kawasan yang sukar mendapat bekalan elektrik. Pada masa sama, perkakasan Trusted Platform Module (TPM) 2.0 dengan chip anti-pengacauan memastikan keselamatan data pengguna. 

Sudah boleh ditempah menerusi laman web rasmi Acer, Acer Enduro N3 hadir dalam dua varian.

Varian pertama yang dikuasakan oleh Intel® Core i7 Generasi ke-10 dengan memori dalaman 8GB dan 256GB PCIE NVMe SSD ditawarkan pada harga RM5,699. Sementara varian dengan Intel® Core i5 Generasi ke-10 bersama 256GB PCIE NVMe SSD berharga RM4,699.

Tablet Rugged Acer Enduro T1

Ideal untuk kegunaan persekitaran perniagaan runcit dan gudang kecil oleh pekerja industri, tablet Acer Enduro T1 boleh dipadankan dengan papan kekunci portfolio pilihan.

Dengan keupayaan MIL-STD 810G dan IP54, Acer Enduro T1 dikuasakan oleh pemproses Intel Celeron atau MediaTek MT8385 bersama storan eMMC 64GB untuk menjadikannya satu peranti pilihan yang boleh diharap serta mudah bagi menyelesaikan tugasan dengan segera. 

Mempunyai berat kurang 500 grams (0.496kg), Acer Enduro T1 membuktikan ia boleh bertahan jika terjatuh dari ketinggian lebih 1.2m (122cm), selain tahan air dan debu.

Ia juga boleh digunakan dalam persekitaran yang memerlukan peranti lasak seperti di gudang, kawasan industri serta premis runcit yang berhabuk dan lembab.

Bagi membolehkannya berfungsi sepanjang shift tanpa perlu dicaj, Acer Enduro T1 didatangkan dengan jangka hayat bateri sehingga 10 jam. Peranti itu dilengkapi paparan Corning® Gorilla® Glass bebas silau untuk membolehkan pengguna menggunakannya walaupun ketika memakai saruang tangan.

Pelbagai pilihan aksesori dan ciri utama yang boleh diprogramkan sedia digunakan bagi memenuhi keperluan yang unik serta pelbagai. Sudah boleh ditempah menerusi laman web rasmi Acer, Acer Enduro T1 ditawarkan pada harga bermula RM1,599.

GALERI

Google ads
Back to top button