,
Buletin

BEKAS JURUTERA FIAT BIKIN PERANTI BENDUNG VIRUS.DULU ATOK NI BUAT BREK ABS

Figura bernama Mario Palazetti cukup terkenal dengan panggilan Mr. ABS. Ia berikutan, 50 tahun lalu, lelaki ini merupakan orang bertanggungjawab membangunkan sistem brek yang membantu mengurangkan kemalangan maut.

Sehingga kini, rekaan sistem brek anti-locking pesara yang berkhidmat sebagai jurutera di Pusat Penyelidikan Fiat ini digunakan pada kenderaan-kenderaan di pasaran.

Pada usia 84 tahun, dia kembali lagi dengan rekaan membendung penularan virus COVID-19.

Peranti dengan saiz cerek elektrik ini menghasilkan arus udara bertujuan menghentikan peredaran titisan kecil ketika orang sedang bercakap sekali gus berpotensi menghalang penyebaran jangkitan coronavirus.

“Kami memanggil peranti ini sebagai Biostopper. Peranti ini digunakan untuk menghasilkan medan aerodinamik, apabila seseorang bercakap dan mengeluarkan udara ketika bernafas, ia akan kembali semula kepada individu tersebut,” jelasnya.

Palazzetti mula membangunkan peranti Biostopper dua bulan lalu, dia berharap dapat membantu mengatasi masalah penjarakan sosial di sekolah, pejabat, bar dan restauran. Pandemik COVID-19 telah meragut nyawa kira-kira 548,000 orang di seluruh dunia.

Buat masa ini, dia sedang bekerja dengan pasukan di Politecnico di Torino (Universiti Turin) menambahbaik dan menguji produk tersebut.

“Saya tidak boleh memberitahu secara terperinci tentang produk ini kerana dalam fasa paten. Konsepnya mudah sahaja, ia dibangunkan bukan untuk membunuh virus tetapi mengurangkan jarak sosial agar selamat,” kata Profesor Marco Simonetti dari Jabatan Tenaga Universiti Turin.

Pada dasarnya, dia menambah, Biostopper dibangunkan untuk membenarkan dua orang berhubung dalam jarak dekat tetapi ia boleh digunakan pada kumpulan kecil.

“Kami memberi tumpuan kepada percakapan. Kalau fokus kepada bersin, kita memerlukan sistem yang lebih invasive,” ujarnya.

Pasukan tersebut berharap dapat menyiapkan prototaip pada penghujung Julai dan memasuki pasaran menjelang musim panas. – agensi.

Tags
Google ads
Back to top button