Buletin

BUGATTI LANCAR PROGRAM PRA-MILIK UNTUK MODEL CHIRON, VEYRON

Tidak ramai yang mampu untuk membeli sebuah supercar berjenama Bugatti serba baharu.

Untuk memudahkan proses pemilikan supercar terpakai menerusi saluran yang sah, Bugatti telah melancarkan program pra-milik sah yang dikhususkan untuk model-model terpakai seperti Chiron dan Veyron.

Bugatti turut menawarkan jaminan satu tahun terhad untuk model-model Chiron pra-milik yang sama lengkap seperti jaminan asal yang ditawarkan pada model Bugatti terbaharu.

Ini bermakna, ia merangkumi jaminan terhadap alat ganti serta kos buruh untuk isu-isu berkaitan mekanikal, elektrik, karat serta masalah cat badan.

Untuk model Veyron pula, jaminan tersebut merangkumi komponen mekanikal dan elektrik, tidak ketinggalan alat ganti dan kos buruh, di mana ia dilihat mampu untuk mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh para pemilik.

Untuk kerja-kerja pembaikan pula hanya akan dilakukan di pusat servis yang diperakui, dan hanya alat ganti tulen Bugatti sahaja yang akan digunakan serta didatangkan dengan jaminan berasingan selama dua tahun.

Sebagai bonus tambahan, para pembeli menerusi program pra-milik ini akan mendapat pakej servis menyeluruh untuk tempoh tahun pertama pemilikan dan perlindungan jaminan yang terpakai di seluruh dunia tanpa mengira negara.

Google ads
Back to top button