SEWA LAMBORGHINI URUS, MATIKAN PERANTI PENGESAN, BAWA LARI. LICIK PENCURI NI!!!
Korang jangan ingat kereta sewa premium seperti Lamborghini Urus tidak boleh dibawa lari pencuri.
Kisah di Ontario, Kanada ini membuktikan mana-mana kenderaan boleh sahaja dibawa lari oleh pencuri yang memiliki imaginasi yang tinggi.
Ia bermula apabila seorang penyewa menyewa sebuah SUV jenis Lamborghini Urus di GTA Exotics yang berpusat di Mississauga, Ontario.
Syarikat berkenaan mengenakan kadar sewa bermula pada harga AS$1,500 (RM6,000) hingga AS$1,600 (RM6,400) satu hari.
Tidak berapa lama selepas disewa dengan membayar wang deposit sebanyak AS$10,000 (RM40,000), penyewa tersebut bertindak mematikan peranti pengesan dan membuangnya dari kenderaan sewa itu.
Pihak polis sedang menyiasat kes terbabit malah Lamborghini Urus yang hilang kira-kira tiga minggu lalu masih belum dapat dikesan.
Selain jentera yang hilang itu, GTA Exotics memiliki barisan kereta sewa yang cukup mengagumkan termasuk Porsche, McLaren, Rolls-Royce, Mercedes-Benz, Acura dan Nisaan.
Ia turut memiliki Rolls-Royce Silver Cloud III tahun 1963. – agensi