Buletin

FORCE CITILINE 2023. G-WAGEN 10 TEMPAT DUDUK DARI INDIA. 90HP, MT 5 KELAJUAN, BERMULA RM81K

Pengeluar dari India, Force Motors baru-baru ini memperkenalkan Force Citiline 2023, model India yang didatangkan dengan empat baris, 10 tempat duduk.

Sebelum ini, Force Motors pernah mengeluarkan kenderaan MUV, Trax Toofan dan Trax Cruiser pada 90-an.

Force Citiline 2023 datang dengan reka bentuk berkotak seakan-akan G-Wagen selain mempunyai lampu halogen besar.

Dari bahagian hadapan, Force Citiline dipadankan bersama fender, gril berwarna badan yang menjadikannya model paling premium pernah dihasilkan oleh Force Motors.

Dari segi dimensi, ia berukuran 5,120mm (panjang) dan jarak roda pada 3,050mm.

Di dalam kabin, Force Citiline mempunyai susun atur tempat duduk 2+3+2+3 namun sekiranya anda membawa bagasi atau barangan yang banyak, anda perlu mengorbankan kerusi di bahagian kedua, dilipat dengan pembahagian 60:40 bagi membolehkan barangan disimpan di ruang belakang.

Beralih kepada kuasa pula, ia dikuasakan oleh enjin diesel 2.6 liter common-rail, berupaya menghamburkan kuasa 90hp, tork 250Nm dan digandingkan bersama transmisi manual lima kelajuan.

Untuk harga, anda boleh memiliki Force Citiline 2023 pada tanda harga AS$18,430 (RM81,359).

Google ads
Back to top button