
MARUTI SUZUKI PERKENAL DUA SUV BAHARU DAN SUV ELEKTRIK DI AUTO EXPO INDIA
Maruti Suzuki mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan dua SUV baharu dan konsep SUV elektrik di Auto Expo India.
Ketua Pegawai Eksekutif Maruti Suzuki, Hisashi Takeuchi memberitahu Auto Expo 2023 merupakan satu lagi peluang untuk jenama itu mempamerkan komitmen terhadap mobiliti masa depan melalui rangkaian produk yang mapan serta dipacu teknologi.
Berbekalkan konsep “lebih bersih, hijau, mapan dan neutral karbon”, Takeuchi menyatakan konsep itu akan menjadi futuristik serta akan menangkap imaginasi peminat.

Pameran tersebut dijadual bermula pada Januari 2023 dan Maruti Suzuki akan mempamerkan sejumlah 16 buah kenderaan. Selain model yang disebutkan di atas, ia akan mempamerkan prototaip bahan api WagonR flex, Brezza, Baleno, Ciaz, Ertiga, Grand Vitara dan Swift.
Walaupun Maruti Suzuki tidak menjelaskan lebih terperinci, tetapi Autocar India melaporkan bahawa jenama itu sedang mempersiapkan Jimny lima pintu dan coupe crossover berdasarkan Baleno.
Ia dijangka dikuasakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi biasa dengan output 101hp atau 107hp, bergantung kepada pasaran. Kedua-dua kenderaan tersebut dilaporkan akan memberi saingan kepada Hyundai Creta EV yang akan dibina di Gujerat dan mula dijual menjelang 2025.
- BACA: TIGA MODEL BAHARU MARUTI SUZUKI DI INDIA SEKADAR RAIH SATU BINTANG GLOBAL NCAP
- BACA: TAUKE KEDAI EMAS HADIAHKAN 30 PEKERJA MARUTI SWIFT, HONDA ACTIVA DAN HONDA SHINE BERNILAI RM688K
- BACA: LELAKI PANDU SUZUKI MARUTI DZIRE PAKAI HELMET. SERIK KENA SAMAN
- BACA: HIDROGEN BOLEH JADI ALTERNATIF YANG MENARIK UNTUK INDIA – MARUTI SUZUKI