
TOYOTA COROLLA CROSS 7-TEMPAT DUDUK BAKAL DILANCARKAN DI INDIA – GUNA PLATFORM INNOVA HYCROSS
Toyota dijangka memperkenalkan Toyota Corolla Cross tujuh tempat duduk di India, dalam usaha pembuat kereta itu mengembangkan portfolionya.
Pengeluar kereta Jepun itu mungkin membawa varian kereta lebih panjang di India, mengikut spesifikasi ACI. Malah, terdapat perkhabaran bahawa ia bakal menggunakan platform yang sama seperti Innova Hycross.
Toyota Corolla Cross di pasaran India mungkin akan mempunyai jarak roda 2,800mm (berbanding 2,640mm), selain ditawarkan beberapa ciri baharu seperti pintu belakang kawalan elektrik dan lantai rata mirip Hycross.

Corolla Cross baharu juga akan dimuatkan dengan kemas kini tertentu seperti bampar baharu, gril serta lampu depan yang diubah suai.
Dari segi kuasa, model antarabangsa Corolla Cross didatangkan dengan enjin petrol 1.8 liter. Bagaimanapun di India, ia dijangka dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter M20A-FKS dan 2.0 liter M20A-FX hibrid yang boleh didapati pada Innova HyCross.
Ketua eksekutif Toyota Motor berkata beliau mahu mempercepatkan pembangunan alat ganti dan kaedah pembuatan yang dioptimumkan untuk kenderaan elektrik Toyota.
“Kami perlu mengubah secara drastik cara kami menjalankan perniagaan,” kata Koji Sato, yang akan menjadi ketua eksekutif pada April.
Tambah beliau, Toyota akan membangunkan EV baharu untuk jenama Lexus menjelang 2026, menggunakan platform pembuatan khusus EV.