Buletin

GARA-GARA LOGO VW, SUBARU SAMBAR 1996 JDM DIRAMPAS DAN DILUPUSKAN OLEH KASTAM – PEMILIK PUTIH MATA

Bayangkan anda membeli kereta JDM import dan sanggup menunggu dengan sabar, namun sebaik saja tiba, anda dimaklumkan bahawa ia akan dilupuskan.

Itulah yang berlaku di AS, apabila sebuah Subaru Sambar yang telah diubah suai menjadi seperti bas Type 1, dirampas oleh pihak kastam.

Subaru Sambar 1996 dengan padanan liveri serta lencana VW tersebut diimport oleh Tiki Bunny Imports of Milwaukee, pengimport sah kereta Kei ke AS.

Menurut pemilik syarikat, Tyler Barg, pihak Kastam terlebih dahulu berhubung dengan VW bagi tujuan pengesahan. Namun, pihak VW menafikan bahawa mereka mempunyai model seperti itu.

Barg juga sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha menyelamatkan mini van tersebut. “Saya faham dari awal ini bakal menjadi satu perjuangan yang sukar.

“Satu-satunya perubahan sebenar pada van ialah panel hadapan tunggal. Selebihnya dicat semula dan dilapisi semula tetapi tidak ada kaitan dengan tanda dagangan VW,”

Pada Mac 2022, VW bagaimanapun menghantar surat kepada Barg, menyatakan bahawa sekiranya orang ramai melihat kenderaan ini dipandu, ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

“Kenderaan ini tidak boleh hanya sekadar melucutkan “logo VW” kerana bentuk, reka bentuk serta penampilannya secara umum, melanggar hak tanda dagangan VW,” respon VW.

Jelas Barg, kenderaan berkenaan dimusnahkan Kastam AS dengan mengikut garis panduan ditetapkan. Akhirnya, Barg hanya mampu berputih selain menanggung rugi sekitar AS$9,500 (RM41,937).

Google ads
Back to top button