Buletin

FORD CATAT JUALAN TERBAIK MAC

Ford baru-baru ini mengumumkan bahawa momentum permulaan tahun ini di Malaysia diteruskan pada bulan Mac apabila ia mencatatkan jualan paling bagus, serta menjadi prestasi terbaik untuk suku pertama.

Ford-sales-March-mekanika (8)

Dipacu oleh permintaan kukuh terhadap Ranger, Fiesta, Focus dan Kuga serba baharu, jualan runcit bulan Mac menokok sebanyak 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 1,049 unit kenderaan. Rekod jualan runcit keseluruhan Ford pada suku pertama tahun ini di Malaysia meningkat lebih daripada tiga peratus kepada 2,924 unit kenderaan.

“Pertambahan rangkaian produk kami di Malaysia membantu meningkatkan tarikan jenama Ford kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara. Kami yakin dapat meneruskan rekod prestasi suku pertama ini melalui pengenalan lebih banyak kenderaan global Ford,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.

Ford-sales-March-mekanika (9)

Permintaan terhadap trak pikap Ranger dilihat terus kukuh apabila jualan runcitnya melonjak sebanyak 44 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 621 unit. Permintaan memberangsangkan ke atas semua varian membantu Ranger mencatat prestasi prestasi terbaik di Malaysia dengan jualan meningkat sebanyak 37 peratus sejak setahun lalu menjadi 1,719 units.

Ford-sales-March-mekanika (3)

Focus yang padat dengan teknologi pula mencatatkan jualan runcit sebanyak 104 unit pada bulan Mac. Angka ini memacu jualan keseluruhan Focus pada suku pertama kepada 294 unit.

SONY DSC

Model sub kompak yang telah direka semula secara signifikan, Fiesta pula mencatat jualan runcit sebanyak 239 unit pada bulan Mac. Manakala rekod jualan keseluruhannya untuk suku pertama berjumlah 686 unit.

SONY DSC

Ford akan terus menambah varian Fiesta di Malaysia pada bulan depan serta memberi peluang kepada para pelanggan untuk berhubung dengan kereta popular ini menerusi pelancaran Fiesta 1.0L EcoBoost baharu.

Ford-sales-March-mekanika (6)

SUV Kuga serba baharu yang bergaya dan versatil turut menyumbang kepada rekod prestasi suku pertama tahun ini menerusi jualan runcit keseluruhan sebanyak 214 unit dengan 83 unit dijual pada bulan Mac. SUV itu dilengkapi enjin 1.6L EcoBoost yang berkuasa dan menjimatkan bahan api.

Memandangkan jualan semua barisan produknya terus berkembang, Ford mengukuhkan komitmennya untuk memberi kemudahan, perkhidmatan selepas jualan serta pengalaman pemilikan yang tiada tandingan kepada para pelanggannya untuk tahun 2014.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button