BuletinModifikasi

FORD F-150 RAPTOR SUPERCREW

Ford memperkenalkan model yang sekian lama dinantikan, Ford F-150 Raptor Supercrew. Ditayangkan di Detroit Motor Show 2016, model pikap trak berkenaan tampil lebih garang.

ford-f-150-reptor-superscrew-mekanika01

Rekaan yang diketengahkan menjadikannya jentera 4×4 terhebat Ford. Dibangunkan dengan DNA trak perlumbaan Baja, F-150 Raptor ialah jentera unik di antara kenderaan off-road dan prestasi.

Lebih menarik, bahagian kabinnya lebih luas untuk keselesaan setiap penumpang. Kebiasaannya, kabin trak pikap trak agak sempit.

ford-f-150-reptor-superscrew-mekanika03

Keluasan kabin dapat dicapai kerana jarak roda  Ford F-150 Raptor SuperCrew adalah 145 inci, 12 inci lebih panjang berbanding Ford F-150 Raptor SuperCab.

Pengarah Prestasi Global Ford, Dave Pericak berkata, F-150 Raptor menawarkan kemampuan off-road yang terbaik, sama ada permukaan jalan berbatu hinggalah berpasir.

ford-f-150-reptor-superscrew-mekanika05

“Dengan SuperCrew, para pelanggan F-150 Raptor boleh menikmati keselesaan, ruang kabin yang lapang serta jentera berprestasi,” katanya.

Untuk menakluki pelbagai keadaan muka bumi, tentunya memerlukan enjin berkuasa. Ford menawarkan enjin EcoBoost  3.5 liter terbaru. Ia  memiliki kuasa yang mantap bersama tahap penggunaan bahan api lebih baik berbanding enjin 6.2 liter V8.

ford-f-150-reptor-superscrew-mekanika10

Generasi kedua enjin 3.5 liter tersebut mampu menghasilkan kuasa mencecah 411hp dan tork 434lb-ft yang disalurkan melalui transmisi 10 kelajuan!

Menerusi Terrain Management System serba baharu, Ford F-150 hadir dengan enam mode pemanduan iaitu Normal, Street, Weather, Mud, Baja dan Rock.

ford-f-150-reptor-superscrew-mekanika11

Selain itu, penggunaan bahan berteknologi tinggi termasuk keluli berkekuatan tinggi dan aloi aluminium membantu mengurangkan berat F-150 Raptor sehingga 227kg.

F-150 Raptor juga enam inci lebih lebar berbanding F-150 standard bagi meningkatkan kestabilannya di atas laluan off-road.

ford-f-150-reptor-superscrew-mekanika07

Model F-150 Raptor pertama kali ditawarkan dengan dua ekzos bersama tayar  BFGoodrich All-Terrain KO2generasi terkini yang direka khusus untuk prestasi off road.

Ford F-150 Raptor akan dihasilkan di kemudahan Dearborn Truck Plant. Ia bakal dijual di Amerika Syarikat dan Kanada pada musim luruh tidak lama lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button