
MERCEDES-BENZ C-CLASS DIPANGGIL SEMULA
Mercedes-Benz USA, memanggil semula model Mercedes-Benz C-Class dari pasaran. Ini berikutan masalah peranti Electric Power Steering Assist.
Kegagalan alat berkenaan berfungsi akan membuatkan kenderaan kehilangan bantuan kuasa elektrik pada stereng.
Maka stereng akan bertambah berat sehingga memerlukan tambahan tenaga. Terutamanya ketika dipandu perlahan. Hal berkenaan dikhuatiri akan meningkatkan risiko berlakunya kemalangan.
Kenderaan yang terlibat ialah Mercedes-Benz C300 dan Mercedes-Benz C400 4MATIC model 2015 yang dikeluarkan pada 27 Januari 2014 sehingga 1 Disember 2014.
Mercedes-Benz USA akan mengemaskini semula perisian (software) stereng berkuasa elektrik secara percuma. Ini menunjukkan panggilan semula bukan hanya melibatkan kenderaan ‘biasa’ sahaja. Model mewah pun kadang-kala terjejas.






