,
Buletin

FORD MUSTANG TIBA DI MALAYSIA!

Ford Motor Company dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion secara rasminya melancarkan model ikonik Mustang di Malaysia pada hari ini. Malaysia menjadi salah sebuah pasaran terpilih di Asia yang menerima muscle car Amerika itu di Asia. 

Ford-Mustang-Malaysia-2016-mekanika (2)

Untuk pertama kalinya dalam tempoh lebih 50 tahun, peminat Mustang di Malaysia boleh memiliki sebahagian daripada sejarah Mustang menerusi dua pilihan enjin yang mengujakan: 5.0 liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa 416PS dan tork 530Nm.

Manakala enjin canggih dengan pengecas turbo 2.3 liter EcoBoost pula berupaya menjana kuasa 317PS dan tork 432Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan SelectShift.

Ford-Mustang-Malaysia-2016-mekanika (5)

Varian 2.3 liter EcoBoost Mustang ditawarkan pada harga bermula RM488,888 seunit. Manakala 5.0 liter V8 Mustang pula berharga dari RM598,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans).

Kedua-dua varian ini didatangkan dalam lima warna menarik seperti merah, putih, hitam, biru dan Magnetic. Warna kuning Triple Yellow Tri-Coat yang istimewa juga ditawarkan untuk varian 5.0 liter V8.

Ford-Mustang-Malaysia-2016-mekanika (10)

Seperti dijangka, Mustang dilengkapi oleh rangkaian teknologi pintar dan inovatif Ford.  Ia menampilkan sistem ketersambungan di dalam kereta Ford SYNC 2 yang membolehkan pemandu menggunakan arahan suara semula jadi untuk mengawal sistem hiburan kenderaan, sistem pendingin hawa dan peranti mudah alih.

Mustang juga tidak berkompromi dari segi keselamatan. Ia hadir bersama lapan beg udara, termasuklah beg udara di hadapan, sisi, curtain dan pada bahagian lutut.

Ford-Mustang-Malaysia-2016-mekanika (4)

Antara teknologi utama dan ciri-ciri keselamatan Mustang ialah:

  • MyKey – satu sistem yang menggalakkan tabiat pemanduan yang baik. Misalnya penggunaan tali pinggang keledar, had kelajuan maksimum kenderaan dan menurunkan suara sistem audio
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD) – dalam situasi kecemasan, EBD mengimbangi tekanan brek di antara roda hadapan dan belakang, memberikan pemandu kawalan yang lebih baik
  • AdvanceTrac dengan Electronic Stability Control (ESC)
  • Electric Power Assisted Steering (EPAS) – diubah suai untuk memberikan pemandu kawalan lebih baik dalam apa jua bentuk permukaan jalan dan keadaan cuaca, menerusi mode pemanduan seperti comfort, sport dan normal
  • SOS – Post-Crash Alert System
  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
  • Rear View Camera, dengan alat pengesan parkir yang mengeluarkan bunyi amaran
  • Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin

Ford-Mustang-Malaysia-2016-mekanika (1)

Ford Mustang dihasilkan di kilang pemasangan Flat Rock di Amerika Syarikat. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ford.com.my/cars/mustang

Tags
Google ads
Back to top button