Buletin

MBM PERKENAL PUSAT PROVEN EXCLUSIVITY

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) bersama pengedarnya, Hap Seng Star melancarkan Pusat Hap Seng Star Balakong Proven Exclusivity semalam. 

Mercedes-Benz-Exclusivity-Balakong-mekanika (9)

Terletak di Hap Seng Star Balakong Autohaus, pusat itu memiliki ruang khas untuk membolehkan pelanggan melihat secara dekat kenderaan Mercedes-Benz terpakai yang masih berada dalam keadaan terbaik dan ditawarkan pada harga menarik.

Antara ciri-ciri kereta yang dimasukkan ke dalam program ini adalah:

  • Ia diambil secara eksklusif daripada para pengedar sah Mercedes-Benz.
  • Berusia tidak lebih enam tahun.
  • Tidak mempunyai kerosakan struktur yang ketara.
  • Diselenggara sepenuhnya oleh pusat servis bertauliah Mercedes-Benz Malaysia.
  • Menggunakan hanya alat ganti tulen dan mempunyai perbatuan kurang 125,000km

Mercedes-Benz-Exclusivity-Balakong-mekanika (3)

“Pelanggan diberi jaminan bahawa kenderaan ini berada dalam kondisi terbaik. Mereka akan menikmati pengalaman seperti memandu sebuah kereta Mercedes-Benz yang baru,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad dan Ketua Eksekutif Hap Seng Star Sdn. Bhd., Herald Behrend.

Untuk mengekalkan standard dan kualti tertinggi, setiap kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan 215 multi point oleh mekanik bertauliah sebelum memperoleh status Proven Exclusivity.

Mercedes-Benz-Exclusivity-Balakong-mekanika (4)

Pemeriksaan itu merangkumi aspek sejarah kenderaan, kondisi semasa dalaman dan luaran, enjin serta sistem keselamatan.

Bagi memberi ketenangan minda kepada pembeli, kenderaan Proven Exclusivity diberi jaminan terhad selama 12 bulan bersama perbatuan tanpa had daripada baki jaminan pengeluar.

Mercedes-Benz-Exclusivity-Balakong-mekanika (1)

Sempena pelancaran pusat Proven Exclusivity itu, Hap Seng Star Balakong Autohaus akan menganjurkan satu karnival jualan mulai hari ini (3 Julai) hingga 12 Jun 2016.

Kalau ingin mendapatkan sebuah Mercedes-Benz pada harga terbaik, inilah masanya!

Google ads
Back to top button