
GEELY MOTOR PHILIPPINES DILANCAR SECARA RASMI, PERKENAL EX5!
Operasi Geely di Filipina kini secara rasmi bertukar tangan setelah kontrak Sojitz G Auto selama lima tahun tamat.
Geely Motor Philippines (GMP) merupakan subsidiari baharu di bawah Geely Automobile International Corporation (GAIC).
Majlis pelancaran semula turut mempertontonkan Geely EX5 selain Emgrand dan Coolray yang sudah ditawarkan di Filipina.
Emgrand merupakan kembar kepada Proton S70 manakala Coolray tampil lebih sporti daripada X50.

Pelancaran semula ini juga menandakan komitmen Geely terhadap pasaran Filipina selain hasrat untuk memenangi kembali hati pengguna.
Menurut Timbalan Pengurus Besar, Geely Motor Philippines, Will Wan, subsidiari langsung merupakan langkah strategik baharu Geely di Filipina.
Langkah ini dibuat untuk momentum pertumbuhan lebih kukuh, tindak balas yang lebih pantas terhadap dinamik pasaran dan memahami keutamaan pelanggan dengan lebih mendalam.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan menambah baik pengalaman pelanggan.
Strategi Geely di Filipina:
- Pusat alat ganti baharu dibuka di Cabuyao, Laguna bagi mengurangkan tempoh menunggu pelanggan dan memastikan capaian kepada alat ganti tulen
- Mempunyai keluasan 4,700 m² dan akan memperkemaskan pengedaran alat ganti tulen Geely di Filipina dan meningkatkan perkhidmatan selepas jualan
- Inisiatif GEELY GO User, mengutamakan pemilik Geely dengan menyepadukan sumber daripada segmen jualan, selepas jualan dan jenama bagi mengoptimumkan keseluruhan pengalaman kitaran hayat kenderaan
- Pengenalan tiga model; Geely EX5, Emgrand dan Coolray
- Memperkenalkan sebuah model baharu bagi setiap suku tahun pada 2025

Geely EX5 merupakan kembar pemanduan kiri Proton e.MAS 7. Pasaran Filipina menerima dua varian iaitu EX5 Pro dan Max.
Masing-masing menerima bateri LFP 60.22 kilowatt jam (kWj) seperti e.MAS 7 Premium dan pelanggan tempatan mempunyai satu lagi pilihan iaitu bateri 49.52 kWj untuk e.MAS7 Prime.
Motor elektrik menghasilkan 160kW dan 320Nm dan sama seperti e.MAS 7 Premium. Kelajuan tertinggi mencecah 175 kilometer sejam (km/j).
Jarak pemanduan EX5 Pro sehingga 430 km dan 425 km untuk EX5 Max (WLTP gabungan).
Geely EX5 MAX ditawarkan pada harga 1,799,000 peso (RM137,255) dan GMP menawarkan diskaun sebanyak 110,000 (RM8,394) sehingga 31 Mac 2025.
Spesifikasi Geely EX5 Filipina:
Prestasi & Rangkaian kuasa
- Motor: Elektrik
- Kuasa Maksimum: 160 kW (215 PS)
- Tork: 320 Nm
- Jenis Pacuan: Pacuan Roda Hadapan (FWD)
- Mod Pemanduan: Eco, Normal, Sport
Bateri & Pengecasan
- Jenis Bateri: Lithium Iron Phosphate (LFP)
- Kapasiti: 60.22 kWh
- Jarak Pemanduan (WLTP): 410-430 km
- Pengecasan AC: Sehingga 11 kW
- Pengecasan DC Pantas: Sehingga 100 kW
- Vehicle-to-Load (V2L): 3.3 kW
- Vehicle-to-Vehicle (V2V): 6 kW
Dimensi
- Panjang: 4,615 mm
- Lebar: 1,901 mm
- Tinggi: 1,670 mm
- Jarak Roda: 2,750 mm
Suspensi & Pengendalian
- Suspensi Hadapan: MacPherson Strut
- Suspensi Belakang: Multi-Link
Dalaman & Teknologi
- Skrin Maklumat Hibur: 9 inci
- Paparan Pemandu: Kluster digital 7 inci
- Sistem Audio: 8 pembesar suara premium
- Penyaman Udara: Kawalan dua zon
- Tempat Duduk: Balutan kulit, tempat duduk hadapan dengan pemanas








