
MERCEDES-MAYBACH EQS 680 DILANCARKAN – JARAK GERAK HINGGA 608KM, HARGA BERMULA RM1,088,888
Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah melancarkan Mercedes-Maybach EQS 680 SUV, sebuah SUV elektrik mewah untuk pasaran Malaysia.
SUV ini dilengkapi dengan pelbagai ciri premium seperti sistem suspensi adaptif AIRMATIC, stereng roda belakang, rim aloi Maybach 21-inci, dan sistem pencahayaan DIGITAL LIGHT.
Di dalam kabin, ia menerima kelengkapan mewah seperti pakej kulit MANUFAKTUR, tempat duduk belakang yang boleh dilaras dengan fungsi pemanas, urutan, dan memori.

Kelengkapan lain termasuklah;
- Sistem infotainmen MBUX Hyperscreen yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto
- Sistem audio Burmester 4D
- Sistem pencahayaan ambien
- Ruang storan bawah konsol tengah
- Penapis udara kabin
- Kemasan Maybach di sekitar ruang kabin
- Headliner kulit Nappa
- Tirai penghadang cahaya elektrik
Dari segi kuasa, ia dikuasakan oleh dua motor elektrik yang menghasilkan 658hp dan tork 950Nm, kenderaan ini menawarkan prestasi unggul.

Menerusi bateri berkapasiti 118kWh, ia menawarkan jarak gerak jarak pemanduan antara 500 hingga 608km dengan sekali cas penuh.
Selain itu, ia juga menyokong pengecasan AC sehingga 22kW dan pengecasan pantas DC sehingga 200kW.

Untuk ciri keselamatan, ia dilengkapi 11 beg udara, Driving Assistance Package Plus, dan Active Lane Keeping Assist.
Beralih pada harga pula, Mercedes-Maybach EQS 680 SUV boleh dimiliki pada harga bermula RM1,088,888.
GALERI:




















- BACA: PANDU JAUH, JIMAT MAKSIMUM: GWM HAVAL H6 HEV CATAT 1,204KM DENGAN SATU TANGKI PENUH
- BACA: TESLA PERKENAL STESEN PENGECASAN V4 SUPERCHARGER DI THE GARDENS MALL
- BACA: BRC 2025 – WILLIAM CREIGHTON MUNCUL JUARA PERLUMBAAN PERTAMA MUSIM INI
- BACA: HIDUP ANDA SEMAKIN MEMBOSANKAN? DENGARKANLAH ALUNAN ENJIN FORMULA SATU V10 INI

