Motosikal

QJMOTOR SRT 450 RX PESAING BAHARU ADV SEGMEN 450CC – 47HP, 41NM

Motosikal adventure segmen 500cc kini semakin popular dipasaran global ekoran menawarkan ciri motosikal ADV yang lengkap namun dengan harga yang mesra poket.

Segmen ini rata-rata didominasi motosikal dari China dan India antaranya Royal Enfield Himalayan 450 dan CFMoto 450 MT. Kawasaki dan BMW Motorrad antara jenama Jepun dan Eropah pertama yang mencuba memberi saingan menerusi KLE 500 dan F450 GS. 

Terbaru, QJMotor, antara jenama gergasi dari China turut merancakkan lagi segmen ini dengan SRT 450 RX. 

Atas kertas, SRT 450 RX ini dipacu enjin dua silinder (parallel-twin) 449.5cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 47hp pada 9,500rpm dan 41Nm pada 8,000rpm. 

Seperti model lain, SRT 450 RX ini juga tampil dengan reka bentuk yang diilhamkan dari motosikal adventure lain termasuk paparan meter TFT jenis menegak yang menawarkan pelbagai ciri termasuk Bluetooth, navigasi dan TPMS (tyre pressure monitoring system). 

Keupayaan off-road juga terserlah dengan jarak antara tanah setinggi 210mm, kurang 10mm dari CFMoto 450MT. 

Menariknya, dengan tangki bahan api berkapasiti 18-liter, berat SRT 450 RX ini hanyalah 184kg. Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk suspensi Marzocchi boleh laras, brek Brembo, rim 21-inci depan dan 18-inci belakang serta cakera brek 320mm depan dan 240mm belakang. 

GALERI: QJMOTOR SRT450RX

Google ads
Back to top button