Buletin

GEELY TINGKATKAN PEGANGAN DALAM ASTON MARTIN LAGONDA

Syarikat automotif Geely bukan sahaja memiliki jenama-jenama termasuklah Volvo, London Electric Vehicle Company, Polestar dan juga Proton, mereka juga turut mempunyai pegangan di dalam beberapa jenama besar dunia seperti smart.

Terbaharu, syarikat itu menggandakan peratusan kepentingan di dalam syarikat Aston Martin Lagonda kepada 17 peratus berbanding 7.6 peratus sebelum ini.

Untuk menggandakan pegangan, Geely telah membelanjakan sebanyak £234 juta yang menjadikan mereka pemegang ketiga terbesar selepas Lawrence Stroll dan Public Investment Fund Arab Saudi.

Sementara itu, Mercedes-Benz juga dikatakan akan meningkatkan pegangan mereka kepada 20 peratus di dalam Aston Martin menjelang akhir 2023.

Dalam perjanjian terbaharu, Geely tidak lagi akan dibenarkan untuk meningkatkan pegangan mereka sehingga Ogos 2024, dan dalam masa yang sama akan diberikan tempat duduk di dalam lembaga pengarah dengan melantik seorang pengarah bukan eksekutif sebagai wakil pemegang saham, dan individu kedua sebagai pemerhati.

Bercakap kepada Financial Times, ketua eksekutif Geely Daniel Li berkata beliau amat cintakan jenama tersebut dan mahu mewujudkan sinergi. – Motor1

Google ads
Back to top button