Artikel Pilihan

ENJIN LAMA F1 PERLUKAN MASA SEHINGGA 2.5 JAM UNTUK DISIAPKAN SEBELUM BERLUMBA

Formula 1 merupakan sat medan bagi mempamerkan kejuruteraan dan juga halaju yang tinggi, namun menyediakan jentera sebelum perlumbaan bermula merupakan cabaran yang besar satu ketika dulu. Malah 25 tahun lepas, jentera F1 memerlukan masa sehingga 2.5 jam ntuk disiapkan dan disediakan sebelum boleh berlumba

YouTuber Matt Amys menerangkan dalam video di bawah dengan emnggunakan jentera Minardi M198 digunakan pada tahun 1998, yang mana pasukan ini bertukar menjadi AlphaTauri pada musim 2023. Ia bukanlah jentera yang kompetitif kerana ia lambat sehinga 2 3 saat di belakang jentera Ferrari F3000 yang dipandu oleh Schumacher dan McLaren MP4/13 yang dugunakan oleh Mika Hakkinen.

Namun ia masih merupakan jentera yang menggunakan semua teknologi terkini pada tahun 1998. Pada ketika ini, jentera F1 dikuasakan dengan enjin V10 yang boleh diperah pada RPM tinggi namun memerlukan masa untuk disiapkan bergantung kepada beberapa faktor seperti suhu persekitaran

Proses dimulakan dengan memanaskan enjin menggnakan cecair coolant bagi mengurangkan kerosakan enjin ketika enjin beroperasi kerana toleransi enjin F1 adalah terhad pada suhu sekitar 60 darjah Celcius untuk dihidupkan. Udara juga perlu dipaksa keluar dari sistem hidrauluk sebelum enjin dihidupkan

Proses seterusnya ialah memenuhkan semula tangki udara pada jentera F1, dimana udara ini akan digunakan untuk mengoperasikan injap enjin F1. Injap ini tidak boleh bergantung pada spring biasa disebabkan operasi enjin F1 berlaku pada RPM terlampau tinggi

Sebelum enjin dihidupkan dengan menggunakan starter luar dengan diengkol terus pada kotak gear, bahan api akan diisi dalam enjin bagi memastikan ia dapat beroperasi. Disebabkan pada ketika itu sistem elektronik kurang maju, jurutera boleh berkomunikasi dengan enjin melalui komputer riba yang beroperasi dengan Window 95 sahaja

Ya anda perlukan komputer riba yang lama untuk berkomunikasi dengan enjin F1 klasik ini. Jika anda menggunakan komputer riba terkini, bacaan sensor daripada enjin akan terganggu dan jurutera gagal mendapatkan bacaan dan parameter yang betul bagi memastikan keadaan enjin adalah terbaik sebelum memulakan perlumbaan

Google ads
Back to top button