Artikel PilihanBuletin

GERAN BAHARU VOC – APA YANG ANDA PERLU TAHU

Bermula 1 Jun lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem Sijil Pemilikan Kenderaan atau VOC (Vehicle Ownership Certificate) bagi menggantikan RC (Registration Card) yang berwarna merah jambu itu atau kita lebih kenali dengan nama ‘Geran’.

Geran-VOC-JPJ-mekanika (3)

Ini bermakna geran lama akan diganti secara berperingkat. Sebenarnya, kaedah geran dah kuno sangat, tak banyak dah negara membangun yang guna. Hak milik biasanya memang dicetak dalam satu sijil khusus yang tidak boleh diubah atau dipinda.

Sistem geran sekarang, kita perbaharui cukai jalan ia akan dicetak. Begitu juga sebarang perubahan yang ingin dibuat seperti nombor enjin, pembatalan hak milik, maklumat sekatan, pemeriksaan khusus, catatan dan segala mak nenek kalau boleh nak ditulis di situ.

Geran-VOC-JPJ-mekanika (1)

VOC baharu pula hanya mencatat maklumat penting kenderaan. Tiada sebarang pindaan atau cetakan padanya. Pengeluaran VOC akan dilakukan secara berperingkat:

FASA 1 (1 JUN 2016)

– VOC akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan baru.

– VOC dikeluarkan pada pemilik baru kenderaan lama yang menjalani proses tukar hak milik

FASA 2 (1 SEPTEMBER 2016)

– VOC dikeluarkan pada kenderaan yang memperbaharui cukai jalan.

– VOC dikeluarkan pada pemilik yang mengemas kini maklumat dalam geran lama. Contohnya pembetulan nombor casis, penukaran nombor enjin, pembatalan tuntutan hak milik dan sebagainya.

FASA 3 (1 JANUARI 2017)

– VOC dikeluarkan pada pemilik yang hadir secara sukarela ke pejabat JPJ. Ia terbuka kepada semua dan pemiliknya mesti hadir bersama.

JPJ mensasarkan menjelang tahun 2020, semua VOC akan diselaras sepenuhnya. Ia juga bakal menyaksikan urusan atas talian dipertingkatkan secara komprehensif.

Google ads
Back to top button