JPJ UMUM PANGGILAN SEMULA 35,873 UNIT KERETA TOYOTA, MERCEDES-BENZ DAN MOTOSIKAL HONDA, SUZUKI
Sebanyak 35,873 unit kereta dan motosikal keluaran Toyota, Suzuki, Mercedes-Benz serta Honda dipanggil semula untuk mengelak kemalangan disebabkan ‘kecacatan’ pada struktur atau peralatannya, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Mengikut pecahan dikongsi di Facebook JPJ, sebanyak 24,345 kereta membabitkan model Toyota Vios keluaran Mac 2023 – Februari 2024, manakala 10,978 unit keluaran Mercedes-Benz untuk tahun pengeluaran antara 2017 hingga tahun ini.
Antara model kereta mewah terbabit adalah A200, A250, A250 4Matic dan AMG A45 S 4Matic.
Pemanggilan semula itu turut membabitkan 345 unit motosikal keluaran Suzuki bagi model V-Strom 800DE dan Burgman Street Ex (keluaran 2023-2024), selain 205 unit CBR250RR serta CBR250S3A dikeluarkan Honda dua tahun lalu.
Menurut JPJ, pemanggilan semula produk itu penting bagi mengelak kemalangan berlaku.
“Keselamatan kenderaan juga penting bagi menjamin pemanduan dan keselesaan pemilik semasa dalam perjalanan,
” katanya.
“Semestinya pemilik tidak mahu memandu kenderaan dengan masalah teknikal yang berpotensi membahayakan, mengancam nyawa dan pengeluar akan membuat pemulihan tanpa sebarang kos kepada pemilik.
“
JPJ turut berharap pemilik kenderaan dapat memberikan kerjasama bagi menyelesaikan proses pemanggilan itu segera.
Pemilik kenderaan boleh merujuk senarai lengkap model dan jenama kenderaan terbabit di Facebook JPJ atau merujuk pengeluar kenderaan. – FMT
- BACA: LARANGAN JUAL KENDERAAN ICE MENJELANG 2035, ITALI ANGGAP ‘TAK MASUK AKAL’
- BACA: KERAJAAN JEPUN BERI SUBSIDI TAMBAHAN SEHINGGA RM11.4 BILION UNTUK PENGELUARAN BATERI EV
- BACA: PRA-JUALAN BELUM BERMULA, KERETA TERBANG MODULAR XPENG DAH TERIMA LEBIH 3,000 TEMPAHAN
- BACA: UMPAMA ‘ORDER’ NASI LEMAK TANPA SAMBAL, REPSOL HENTI TAJA HONDA DI MOTOGP