Buletin

JPJ PANGGIL SEMULA 3,722 KERETA PERODUA ALZA, ARUZ, MOTOSIKAL HONDA CB350R

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan dibuat susulan masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi melibatkan 2,518 kereta Perodua Alza model 1500 X transmisi boleh laras berterusan (CVT), 1500 H CVT dan 1500 AV CVT serta 1,139 Perodua Aruz model 1500 X dan 1500 AV.

Bagi Honda CB350RS, katanya, ia ia melibatkan 65 motosikal yang dikesan mempunyai permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan Sistem Brek Anti Kunci (ABS), kawalan cengkaman dan meter had laju tidak tepat.

“Mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pengeluar kenderaan berkenaan iaitu Perodua Manufacturing Sdn Bhd dan Boon Siew Honda Sdn Bhd.

“Setiap pemilik kenderaan terlibat akan dihubungi oleh Perodua dan Boon Siew Honda bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing atau pemilik turut dibenarkan ‘walk-in’ ke mana-mana pusat servis berhampiran di seluruh negara,” katanya.

Beliau menasihatkan semua pemilik kenderaan bagi model yang terlibat untuk membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, semua pemilik kenderaan berkenaan digalakkan menghubungi Perodua di talian 1-800-88-6600, melayari laman sesawang https://www.ufirst.com.my/member/login atau melalui aplikasi U-First.

Pemilik motosikal Honda CB350R boleh menghubungi Boon Siew Honda di talian 1-800-88-3993 atau https://boonsiewhonda.com.my/after-sales/recall-campaign/. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button