Motosikal

KAWASAKI KX250F 2017 LEBIH MANTAP

Kawasaki memperkenalkan model motocross untuk tahun 2017 yang telah ditambah baik.

Kawasaki-KX250F-2017-mekanika (6)

Kawasaki mendakwa KX250F kini lebih ringan, mempunyai enjin berkuasa, penukaran gear lancar, kerangka yang kurus dan tempat duduk rata. Bahagian badannya pula menerima grafik baharu.

Enjinnya tampil dengan susun atur silinder offset untuk menawarkan kuasa yang lebih efisien. Ia juga memiliki bridged-box bottom piston lebih ringan serta rekaan ruang pengambilan baharu untuk memaksimumkan pembakaran bahan api.

Kawasaki-KX250F-2017-mekanika (1)

 

Jentera ini juga menyediakan maklum balas pendikit yang lebih responsif. Tidak ketinggalan, KX250F dipasang dengan throttle body bersaiz 43mm dan sistem ekzos baharu.

Menurut Kawasaki, ketika rpm dan pendikit dipulas, model motocross ini menjanjikan transisi  kuasa yang serta-merta. Talaan ECU juga telah disemak semula.

Kawasaki-KX250F-2017-mekanika (7)

Dari segi casis pula, KX250F menggunakan lengan ayun baharu bersama nisbah sambungan yang telah diubah. Ia tetap menggunakan sistem suspensi Showa 48mm Separate Function Fork (SF Type 2) untuk roda hadapan. Suspensi belakang menerima pegas gegelung lebih ringan.

Kawasaki-KX250F-2017-mekanika (4)

Kawasaki memberitahu, semua peningkatan ini dibuat untuk menambah baik mobiliti penunggang.

Google ads
Back to top button