Buletin

GM TIRU CARA JUALAN TESLA DI CHINA

Untuk menyaingi prestasi jualan Tesla di China menjelang tahun 2025, General Motors dilapor akan menggunakan strategi penjualan baharu, dengan mengaplikasikan program jualan terus di pasaran tersebut.

Menurut laporan daripada Teslarati, pelan baharu di China itu akan dinamakan sebagai Durant Guild, bersempena dengan pengasas GM William Durant.

Menerusi pelan ini, GM akan membawa (baca: mengimport) beberapa model menarik termasuklah GMC Hummer EV atau GMC Hummer EV SUV tanpa memerlukan pengedar sebagai orang tengah.

GM juga akan mengikut jejak langkah Tesla dengan membangunkan pusat pengalaman tempatan dan kedai pop-up, serta acara khas yang memerlukan jemputan yang disahkan sendiri oleh syarikat tersebut.

Menurut ketua GM China, Julian Blisset menjelaskan, mereka tidak akan mengejar angka jualan menerusi pelan Durant Guild.

Sebaliknya, GM mahu membuktikan kepada pelanggan di China bahawa mereka mampu menawarkan produk masa depan yang menarik.

“Durant Guild bukanlah satu permainan volum, akan tetapi jika kami melakukan kerja dengan baik dan produk dijual dengan laku, ia akan menarik minat terhadap jenama Cadillac dan Chevy, dan ia juga akan membantu cara orang melihat produk dan teknologi kami.” – Teslarati

Google ads
Back to top button