
SEMBANG SANTAI – NISSAN GRAND LIVINA APA KHABAR SEKARANG INI?
Suatu ketika dahulu, model ini merupakan diantara MPV kompak yang cukup popular dan menjadi idaman buat mereka yang berkeluarga lebih daripada lima orang. Nissan Grand Livina ini pernah mengecapi populariti setanding dengan Eman Manan. Tapi apa khabar si Nissan Grand Livina sekarang ini?
BK : Assalamualaikum PNGL. Lama dah aku teringin nak berjumpa dengan kau ini.
PNGL : Waalaikumussalam Bang BK. Wah, kemain panggil saya dengan nama PNGL ni ya. Apa hal ni cari saya Bang BK?
BK : Aku ni dah lama sangat nak interview kau ni sebenarnya PNGL. Apa khabar kau sekarang ni?
PNGL : Saya sihat aja. Setakat batuk sikit sikit tu biasalah. Memang tengah musim kan.
BK : Baiklah, sebelum kita ke soalan yang agak sensitif, cuba kau intro sikit pasal diri kau ini. Mungkin ada yang dah tak ingat pasal kau ini.
PNGL : Baiklah BK, saya ini mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada penghujung tahun 2007 dengan varian enjin 1.6 dan juga 1.8. Harga pun boleh tahan juga di kala itu. Selang beberapa tahun kemudian, varian yang mungkin pelik sikit, Nissan Livina X Gear turut diperkenalkan.
BK : Iya iya. Aku ingat lagi. Tah siapalah yang pergi beli si Livina X Gear tu kan. Aku ni nak tanya satu soalan yang agak sensitif, harap kau tak berasa hatilah ya PNGL.
PNGL : Fuh, lain macam betul nak tanya ni. Debar sungguh lah hai.
BK : Beberapa tahun sudah, ada cakap – cakap industri mengatakan bahawa kau ini bakal digantikan dengan model baharu, sama seperti saudara kembar di Indonesia yang menggunakan model Xpander sebagai Nissan Livina yang baharu tu.
PNGL : Hmmmmmmmmm. Entahlah Bang BK. Bab ini sukar untuk saya memberikan komen panjang. Dahulu mungkin ada benarnya tapi sekarang ini kalau Bang BK perhatikan model Mitsubishi Xpander pun dah lama dijual di sini. Si Xpander tu pun bersepah dah atas jalan.
BK : Jadi, projek Nissan Livina yang baharu ni on ke tak on?

PNGL : Kalau secara jujur, saya tak yakin projek pengganti saya ini akan dilaksanakan. Kira macam berkubur begitu sahajalah. Tapi tak tahulah tahun depan tiba – tiba ke depa kata nak on semula. Sayang juga sebenarnya kalau jenama Grand Livina hilang begitu sahaja.
BK : Iyalah kan. Jenama Grand Livina ini juga sebenarnya boleh tahan kuat juga di sini. Dahulu kala boleh tahan popular juga kan?
PNGL : Iya benar tu Bang BK. Tapi sekarang ini kalau nak dapatkan saya pun boleh juga untuk model terpakai. Harga pun dah boleh dapat bawah 30k kalau pandai cari.
BK : Baiklah PNGL. Apa pun yang terjadi selepas ini, aku doakan yang terbaik buat kau ya.
PNGL : Baiklah Bang BK. Moga yang baik – baik juga buat kita semua.
BACA : SEMBANG SANTAI – ADA KE ORANG NAK PAKAI TESLA X NI OI?