
GRAB SEDIA BELI TRANS-CAB, SYARIKAT TEKSI KETIGA TERBESAR SINGAPURA – NILAI DIANGGARKAN RM344.8 JUTA
Syarikat pengangkutan gergasi, Grab, baru-baru ini dilaporkan telah mengambil alih Trans-Cab, pengendali teksi ketiga terbesar Singapura.
Untuk rekod, nilai perolehan dianggarkan berjumlah AS$100 juta atau sekitar RM344.8 juta.
Laporan mendedahkan bahawa pengambilalihan ini akan melibatkan pengurusan sekitar 2,200 unit teksi dan lebih 300 kenderaan sewa persendirian.

Tambahan, rundingan itu sudah pun berjalan selama dua bulan dan dijadualkan selesai minggu ini namun setakat ini, Grab serta Trans-Cab enggan mengulas mengenai perjanjian itu.
Menurut kenyataan terbaru yang disiarkan oleh Pihak Berkuasa Perakaunan dan Kawal Selia Korporat, Trans-Cab Holdings mempunyai jumlah ekuiti sebanyak AS$62.7 juta (RM286 juta) pada akhir 2020.
Pada 2021, ia melaporkan kira-kira AS$8.7 juta (RM40 juta) dalam keuntungan bersih dan AS$81.1 juta (RM370 juta) dalam hasil. Syarikat itu mempunyai wang tunai atau bersamaan dengan AS$7.6 juta (RM35 juta) pada akhir 2021.
Pemerhati berkata, perolehan Trans-Cab menandakan satu lagi tamparan kepada industri teksi, di mana ia sebelum ini dilaporkan suram sejak industri penyewaan swasta dibenarkan memasuki sektor pengangkutan sejak 2013.
Pengasas dan pengerusi Trans-Cab Teo Kiang Ang berkata, “selama 20 tahun beroperasi, ramai pemandu kami melakukan perjalanan bersama saya sejak hari pertama.
“Saya benar-benar keberatan untuk menjual, tetapi memandangkan pembeli mempunyai teknologi lebih baik dan platform yang kukuh, pemandu boleh mendapatkan lebih banyak pekerjaan serta memperoleh lebih banyak pendapatan.”
Sementara pemandu teksi Trans-Cab, Francis Goh, menyatakan bahawa dia tidak pernah menggunakan aplikasi Grab atau Gojek sebelum ini.
“Saya lebih suka memandu sebagai pemandu teksi. Setelah syarikat itu dijual, jangan harap saya mula menggunakan aplikasi ini.”
- BACA: MAHKAMAH BATAL DENDA MYCC RM86.77 JUTA TERHADAP GRAB
- BACA: GRAB MALAYSIA UMUM PERUBAHAN TAMBANG – BAYARAN LEBIH BERBALOI KEPADA PEMANDU
- BACA: RIDER GRAB BASAH KUYUP HANTAR MAKANAN KECEWA TAK DAPAT TIP. NETIZEN JAWAB TIADA SIAPA HUTANG DENGAN KAU..
- BACA: NIAT NAK BANTU MOTOSIKAL WARGA EMAS ROSAK TEPI JALAN, PEMANDU GRAB DISAMUN DENGAN KERAMBIT