Buletin

RIDER GRAB BASAH KUYUP HANTAR MAKANAN KECEWA TAK DAPAT TIP. NETIZEN JAWAB TIADA SIAPA HUTANG DENGAN KAU..

Menjalani kehidupan sebagai penghantar makanan bukan mudah. Jadi boleh difahami apabila seorang penunggang Grab meluahkan rasa tidak gembira terutama apabila terpaksa bekerja dalam cuaca buruk.

Baru-baru ini, seorang penghantar makanan Grab di Singapura bernama Gary Liew, telah memuat naik status di Facebook yang menyatakan kekecewaan atas layanan dari pelanggannya.

Pada 16 November lalu, hujan turun dengan lebat dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam yang menyebabkan topi keledar serta pakaiannya basah kuyup.

Liew mengadu bahawa walaupun cuaca buruk, Grab tidak memberikan insentif untuk penunggang sepertinya.

“Sepanjang hari ini hanya gadis Melayu dari HDB di Circuit Road memberi saya tip AS$1.46 (RM6.54),” tulisnya di Facebook pada 17 November.

Dia juga meluahkan kekecewaan terhadap beberapa pelanggannya yang tinggal di kawasan Joo Chiat dan Geylang yang hanya mengucapkan ‘terima kasih’, ‘semoga perjalanan selamat ketika hujan’, ‘mesti sukar untuk anda menunggang ketika hujan’, tanpa memberikan sebarang tip

“Menjijikkan,” katanya dalam nada tidak puas hati.

Namun, rintihan itu tidak mendapat simpati daripada pengguna Facebook. Sebaliknya, segelintir warganet mengatakan “pelanggan tidak berhutang apa-apa dengan anda.”

Pengguna Facebook yang lain turut memberi maklum balas yang “memberi tip bukan kewajipan” dan “jika seseorang memberi anda tip, ia adalah bonus.”

Seorang penunggang penghantaran turut memberi pendapat di ruang komen. “Pelanggan telah membayar yuran penghantaran. Sama ada anda atau pelanggan, kedua-duanya tidak berhutang apa-apa.”

Walau bagaimanapun, terdapat juga reaksi berbeza dengan nada lebih positif seperti bersimpati terhadap nasib Liew serta memberitahunya keselamatan adalah yang paling perlu diutamakan.

Google ads
"
"
Back to top button