
Buletin
BELANJAWAN 2027: KERAJAAN BELA NASIB 600,000 HAK PEKERJA GIG
Kerajaan dan Grab bersetuju membiayai bersama satu pakej bernilai RM160 juta yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing bermula tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketetapan itu meliputi peningkatan kadar pendatan minimum pekerja terbabit, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“Ini bermakna, pendapatan bersih pemandu e-hailing pada tahap median dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan manakala pendapatan penghantar p-hailing meningkat sehingga RM100 sebulan,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027. – Sinar Harian






