Buletin

GRAB MALAYSIA UMUM PERUBAHAN TAMBANG – BAYARAN LEBIH BERBALOI KEPADA PEMANDU

Grab Malaysia telah mengumumkan perubahan tambang untuk memberikan bayaran lebih berbaloi kepada pemandu terutama ketika menghadapi kesesakan lalu lintas waktu puncak.

Perubahan tambang itu termasuklah kenaikan harga tambang seminit. Tambang seminit telah dinaikkan daripada 20 sen kepada 43 sen, manakala tambang bagi setiap kilometer diturunkan daripada 70 sen kepada 25 sen.

Kadar asas dan minimun bagaimanapun kekal tidak berubah iaitu pada RM2 dan RM5.

“Kami mendengar anda. Kami akan menyemak semula struktur tambang supaya tambang lebih berdasarkan masa yang diambil untuk sesebuah perjalanan atau pada jarak perjalanan,” kata Grab Malaysia.

Menurut Grab, tambang masih akan “dikira awal berdasarkan jarak anggaran sistem dan masa perjalanan anggaran sistem”. Sebagai contoh, perjalanan sejauh 10 km yang mengambil masa 30 minit akan berharga RM18 dan bukannya RM15 di bawah struktur tambang baharu.

Manakala perjalanan sejauh 10km yang mengambil masa hanya 15 minit akan menelan kos RM11 dan bukannya RM12.

Grab turut memperkenalkan bonus “pengambilan jarak jauh” serta bayaran mengikut jam pada waktu puncak, 7 pagi-9 pagi dan 5 petang-8 malam. Bonus tersebut adalah untuk memberi manfaat lebih kepada pemandu yang mengambil penumpang di waktu puncak.

Naib presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Mohd Azril Ahmat, berkata, “Berdasarkan maklum balas yang saya dapat daripada beberapa pemandu hari ini, mereka menjangkakan sekurang-kurangnya 30 peratus pengurangan dalam pendapatan.

“Ini kerana mereka mengurangkan pendapatan berdasarkan jarak. Kebimbangan saya sekarang ialah syarikat pengangkutan lain akan mengikut struktur bayaran serupa.” – Malay Mail

Google ads
Back to top button