Buletin

GREEN PACKET, FETCi JALANKAN UJIAN TOL TANPA PALANG DI BESRAYA TAHUN DEPAN

Syarikat penyelesaian teknologi, Green Packet Berhad dilapor akan melaksanakan ujian to tanpa palang di Lebuhraya Besraya KM5.5 arah utara mulai tahun hadapan. 

Ujian selama tiga bulan tersebut akan dijalankan dengan kerjasama syarikat dari Taiwan, FETCi International Co. (FETCi). Data yang dikumpul kemudian akan dikongsikan dengan pihak berkuasa bagi membuktikan keberkesanan sistem tol aliran bebas (MLFF) sebelum diperluaskan ke seluruh negara.  

Dalam satu kenyataan bersama, Green Packet menyatakan pihaknya dan FETCi akan menyediakan dana, maklumat tempatan dan pembayaran fintech.  

FETCi yang memiliki kepakaran dalam teknologi RFID sudah pun menjalankan sistem MLFF di beberapa negara Asia lain. Ia bakal menyediakan peralatan dan kepakaran untuk pelaksanaan MLFF. 

“Pembuktian konsep MLFF merupakan satu proses penting untuk mencapai perjalanan di lebuh raya yang lancar menerusi infrastruktur trafik lebihh baik. Ia selari dengan pelan Sistem Pengangkutan Pintar yang digariskan oleh Kementerian Kerja Raya,” kata Green Packet. – The Star 

Google ads
Back to top button