Buletin

GUDANG DI BULGARIA INI MENYIMPAN 11 UNIT BMW E34 5 SERIES YANG TIDAK PERNAH DIPANDU

Kisah ini berlaku di sebuah gudang di Bulgaria, di mana seorang lelaki menemui 11 unit BMW M5 yang tidak pernah dipandu dengan kebanyakannya masih berada dalam keadaan baik.

Dia memiliki semua kereta itu selepas membeli sebuah gudang lama di Blagoevgrad.

Terdiri daripada 10 unit saloon dan sebuah model wagon/touring dalam warna hitam dam merah, BMW E34 5 Series itu dikatakan adalah buatan bermula tahun 1994.

Ini bermakna jentera itu menggunakan enjin 2.0 liter straight six berkuasa 148hp untuk model 520i. Sementara varian 525i pula dijana oleh enjin 2.5 liter straight six berkuasa 189hp. Daripada semua model itu, hanya sebuah yang dilengkapi transmisi manual.

Walaupun perbatuannya mungkin kosong, tetapi diparkir selama 25 tahun menyebabkan beberapa kerosakan dapat dilihat dengan jelas. Ada di antaranya pecah cermin belakang atau hilang penutup tangki minyak. Manakala yang lain menunjukkan cat yang semakin pudar akibat terkena air.

Biarpun begitu, ruang dalaman masih terjaga. Kebanyakan tempat duduk masih dibalut plastik. Sijil dan pelekat daripada syarikat penghantaran ada, sekali gus mencetuskan misteri di sebaliknya.

Laporan awal menyatakan semua kereta itu dibeli untuk digunakan oleh sebuah syarikat sewaan kereta, tetapi tidak sempat didaftarkan.

Seorang netizen, Edis Shaban mendakwa kereta tersebut dibeli oleh bekas Menteri Pertanian Bulgaria, Nikolay Tadarukov. Dikatakan mahu digunakan untuk ahli Majlis Negara Bulgaria, tetapi BMW itu terbiar kerana mereka lebih sukan menggunakan Mercedes-Benz.

Pemiliknya merancang untuk menjual semua kereta itu. Tetapi, harga yang bakal diperoleh tidaklah terlalu tinggi kerana ia bukanlah model yang rare.

Sebagai contoh, jika di UK, model E34 dijual pada harga sekitar £2,000 (RM10,500) sehingga £5,000 (RM26,300) seunit bergantung kepada kondisi. Cuma model M5 sahaja yang mungkin boleh mendapat harga lebih mahal.

Tetapi di Bulgaria, kereta seperti ini tidak boleh didaftarkan sebagai kereta baharu kerana tidak menepati piawaian emisi. Jadi, penyelesaian mudah ialah jual di negera sebelah, Romania.

Google ads
Back to top button