Artikel Pilihan

TUAS HANDBRAKE YANG KINI SUDAH DI PENGHUJUNG HAYAT…

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Tahukah anda hanya 37 peratus kereta baru dipasang dengan brek parkir manual? Ya. Penyelidikan yang dibuat oleh CarGurus di Britain mendedahkan hanya satu pertiga daripada kereta baru mempunyai handbrake tradisional.

Pembuat premium seperti Audi, Jaguar dan Land Rover telah menggunakan brek parkir elektronik sepenuhnya dan menurut CarGurus, mereka memanfaatkan teknologi elektronik yang memudahkan pengguna.

Pasaran automotif dalam talian yang dibina oleh oleh pengasas TripAdvisor, Langley Steinert, mendapati hanya 37 peratus daripada kereta baru yang dijual di UK hari ini datang dengan handbrake yang dikendalikan secara manual.

Hanya dua pengeluar arus perdana, Dacia dan Suzuki, mempunyai brek parkir manual kerana konteks model yang dihasilkan iaitu supermini yang lebih murah.

Majoriti pembuat kereta premium telah menggantikannya dengan brek letak kereta elektronik, sementara ada yang menggunakan brek parkir yang dikendalikan pedal kaki.

Penyelidikan CarGurus mendapati bahawa Audi, Jaguar, Land Rover, Lexus, Mercedes dan Porsche tidak lagi mempunyai model jualan yang dilengkapi dengan handbrake tradisional.

Apa Perbezaan fungsi brek manual dan elektronik?

Kedua-dua brek brek parkir tradisional yang dikendalikan secara manual dan brek letak kereta elektronik memberikan tujuan yang sama untuk memberhentikan kenderaan ketika pegun.

Bagaimana ia berfungsi?

Handbrake elektronik dikendalikan melalui suis yang menggantikan tuil mekanikal tradisional. Suis ini mengaktifkan sepasang motor kecil yang mencengkam brek belakang, menghasilkan bunyi seakan isyarat, menandakan ia sudah aktif.

Faedahnya

Dianggap sebagai ciri mewah, brek letak kereta elektronik memerlukan kurang usaha fizikal, menghentikan pergerakan kereta lebih selamat dan tidak perlu dilaraskan diri seperti tuil tradisional.

Brek parkir jenis elektronik hanya memerlukan satu sentuhan ringan untuk mengunci roda belakang. Sebagai tambahan, kebanyakan brek moden didatangkan dengan fungsi hill-hold assist yang juga merupakan cirri keselamatan tambahan ketika kereta berada dalam trafik perlahan atau di cerun atau bukit.

Brek elektronik juga lebih ringkas dan mengambil ruang dalaman yang kecil daripada berbanding tuas handbrake tradisional yang “menyemakkan” konsol tengah.

Handbrake manual

Lebih ringkas dari segi fungsi namun untuk pemandu moden yang sudah biasa dengan brek elektronik, kemahiran memandu dalam keadaan trafik stop-go di kawasan bukit menjadi sukar.

Mereka perlu menjangka kereta akan mengundur sedikit ketika pedal kaki dialihkan dari brek kepada pedal minyak.

Bercakap mengenai penyelidikan, Chris Knapman, editor di CarGurus UK, berkata: “Ia sudah rasmi, brek tangan akan sampai ke penghujungnya, pengeluar kenderaan kelas sederhana pun sudah beralih ke brek elektronik dalam jumlah besar.

“Dalam beberapa tahun akan datang, kami menjangkakan bilangan kereta yang dijual dengan brek tangan tradisional akan terus berkurang”

Tags
Google ads
Back to top button
Close