,
Buletin

HARGA RASMI SUV MAZDA CX-8 SUDAH DIUMUMKAN

Jika anda perasan, sejak pertukaran kerajaan baharu tahun lepas, terdapat sedikit kelewatan dalam pengumuman harga kereta baru. Hampir semua pengeluar mengalami masalah yang sama dan ia menjejaskan banyak perancangan syarikat pengeluar kereta ini.

Ada yang terpaksa menunggu sebulan, ada yang berbulan-bulan untuk mendapatkan kelulusan harga jualan kenderaan dari pihak kerajaan.

Mazda CX-8 yang dilancarkan bulan lalu juga tidak datang dengan harga jjualan. Sebaliknya, ia hanya ada harga “cadangan” di mana ia tidak diumumkan pun. Hanya jurujual yang berkongsi harga ini dengan bakal pembeli dan kami diberitahu ia sekitar RM177,000 hingga RM222,000 bagi empat varian yang berbeza.

Semalam, harga baru Mazda CX-8 sudah mula diedarkan oleh jurujual. Jika dibandingkan dengan harga terdahulu, tidak banyak perbezaan, kecuali bagi varian paling tinggi iaitu 2.2D AWD HIgh yang mendapat pengurangan sekitar RM5,000 pada 217K berbanding harga asal yang disyorkan iaitu 222K.

Berikut adalah senarai penuh harga jualan Mazda CX-8;

Tags
Google ads
Back to top button