Buletin

MAZDA MALAYSIA BUKA TEMPAHAN BT-50 2022. HARGA BERMULA RM124,179.20

Mazda Malaysia membuka tempahan model trak pikap generasi baharu Mazda BT-50 untuk pasaran tempatan.

Model terbaharu BT-50 yang menampilkan bahasa rekaan ikonik Mazda iaitu Kodo ditawarkan pada harga bermula RM124,179.20 untuk BT-50 1.9L AT Double Cab (High) manakala BT-50 3.0L AT Double Cab (High Plus)mendapat tag harga RM RM 143,218.40.

Ia ditawarkan dengan lima warna pilihan iaitu kelabu (Rock Grey Mica), putih (Ice White), merah (Red Volcano Mica), hitam (True Black Mica) dan biru (Gunblue Mica).

Rekaan ikonik Mazda Kodo terserlah pada bahagian gril hadapan dipadankan signatur wing tiga dimensi, lampu utama lebih moden dan kecil.

Dalam pada itu, ruang dalaman pikap terbaharu berkenaan direka untuk memenuhi keperluan keselesaan para pemandu dan penumpang.

Bahkan, ia diberi sentuhan dalam memberi gambaran bahawa BT-50 merupakan pikap tahan lasak tetapi dengan kualiti premium.

Bahagian papan pemuka, roda stereng, tempat duduk malah konsol tengah telah direka semula untuk memastikan pemandu sentiasa rasa selesa terhadap jentera mereka.

Susun atur panel instrumen secara mendatar turut memainkan peranan mewujudkan kabin lebih luas dan selesa.

Selain itu, ia hadir dengan stereng teleskopik untuk memastikan kedudukan pemanduan sempurna, tempat duduk pemandu boleh laras dengan lapan cara, tempat duduk penumpang boleh laras.

Ia turut mendapat kemasan jahitan pada bahagian papan pemuka dan instrumen panel hood menyerlahkan lagi sisi premium pikap terbabit.

BT-50 didatangkan kluster instrumen 4.2 inci pada bahagian tengah memaparkan pelbagai informasi dipadankan dua meter analog berbentuk bulat., skrin infotainmen 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. 

Pikap terbaharu itu menawarkan dua pilihan enjin iaitu 1.9L diesel dan 3.0L diesel dipadankan transmisi automatik enam kelajuan.

Dari segi aspek keselematan, Mazda BT-50 bergantung kepada varian menawarkan ciri-ciri seperti 7 beg udara keselamatan SRS, ISOFIX, kunci pintu automatik, ABS, EBD, Bantuan Brek, ESC, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki dan Bantuan Menurun Cerun.

Ciri-ciri lain termasuk sistem pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, bantuan suluhan tinggi automatik, sistem amaran keluar lorong (LDWS), amaran pelanggaran depan (FCW), brek kecemasan automatik (AEB) dan kawalan jelajah adaptif (ACC).

Mazda BT-50 terbaharu itu merupakan kenderaan import sepenuhnya (CBU) dari Thailand.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pikap terbaharu itu boleh mengunjungi Pameran Auto carlist.my “Drive” di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 3 hingga 5 Disember ini.

Google ads
Back to top button