,
Artikel PilihanBuletin

BAGAIMANA TOYOTA TINGKATKAN KUALITI MEREKA? – TOYOTA 5C DRIVE

Setiap pengeluar kenderaan ada berbagai cara untuk “menguji” kenderaan keluaran mereka. Ada yang menguji mengikut negara berdasarkan cuaca, bentuk muka bumi, permukaan jalan, jenis bahanapi tertentu di setiap negara dan berbagai lagi.

Ia telah dilakukan oleh Toyota sejak sekian lama lantas menjadikan kenderaan mereka antara jenama yang paling dipercayai di mukabumi hari ini.

Reliabiliti kenderaan Toyota bukan sahaja melibatkan versi 4X4 seperti Land Cruiser atau Hilux malah kereta seperti Corolla dan Vios juga mendapat sesi ujian yang sama.

Apa lagi yang belum mereka buat?

Sesuatu yang tak pernah dibuat pengeluar lain. Menguji kereta mengikut spesifikasi negara di LIMA BENUA dalam tempoh LIMA TAHUN dengan jarak perjalanan keseluruhan lebih 100,000 KILOMETER!

TOYOTA DRIVE 5C

Program yang dinamakan Toyota Drive 5C (5 continent) ini bermula di Timur Tengah pada tahun 2014 dan dijadualkan berakhir di Jepun menjelang Olimpik Tokyo 2020 tahun depan.

Menggunakan konsep “Genchi Genbutsu”, ia berbeza dengan ujian lapangan yang dilakukan oleh pemandu dan jurutera ujian.

Sebaliknya, ia “konvoi” yang dianggotai oleh pelbagai latarbelakang pekerja Toyota dari Jepun. Dari kakitangan pemasaran, jurutera rekabentuk dan juga penglibatan pengedar (delaer) mereka juga.

Di Setiap benua yang diuji, mereka turut melibatkan penyertaan Toyota tempatan untuk sama-sama mengumpulkan maklumat berkenaan kereta yang dijual di negara tersebut.

Tapi kenapa?

Baiklah. Kerana kakitangan ini lazimnya yang berdepan dengan pengguna secara terus. Misi utama 5C ini ialah “untuk membuat kereta yang lebih baik”.

Konsep “Genchi Genbutsu” itu sendiri ialah tentang melihat permasalahan secara berdepan. Maksudnya, jika ada masalah ketika perjalanan, mereka yang memandu akan tahu, mereka akan faham bahawa inilah sebenarnya yang dihadapi pengguna Toyota di negara tersebut.

Program 5C Drive ini unik kerana konvoi ini menggunakan kenderaan yang dijual mengikut spesifikasi negara tersebut. Dalam konvoi Malaysia, mereka menggunakan Hilux, Innova, Vios, Yaris, Fortuner, Rush dan juga kereta bukan Toyota iaitu Perodua Alza!

Kenapa Alza?

Menurut Toyota, mereka mahu “belajar dari pengeluar lain”.

Meskipun Toyota juga membangunkan Passo Sette di Jepun yang sama dengan Alza, sebenaanya ia adalah produk Daihatsu (Boon Luminas).

Konvoi Malaysia

Konvoi ini bergerak dari Pulau Pinang pada 7 November lalu ke Cameron Highland dan tiba ke UMW Toyota Shah Alam semalam.

Mereka meneruskan perjalanan ke Singapura untuk mnlengkapkan misi Asia Tenggara sebelum berlepas ke FIlipina untuk misi yang berikutnya.

Dalam perjalanan ini mereka singgah di beberapa lokasi untuk bertemu dengan pelanggan dan mengutip data. Sebanyak 33 orang terlibat dalam pasukan Malaysia termasuk pemandu dan krew di sepanjang perjalanan.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button