Buletin

HARGA RON95 DAN RON97 TURUN 5 SEN, DIESEL TIDAK BERUBAH

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 1 sehingga 8 Februari 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  • harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen RM2.23 seliter;
  • harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 5 sen RM1.98 seliter; dan
  • harga runcit diesel pula kekal pada harga RM2.18 seliter.

Perbezaan kos produk yang lebih tinggi bagi diesel berbanding petrol adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk diesel, terutamanya dari China dan peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global.

Walau bagaimanapun sepertimana yang telah dijanjikan, Kerajaan akan menstabilkan harga jualan runcit bagi produk petrol RON95 dan diesel dengan mengekalkan harga jualan runcit masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter sekiranya harga pasaran produk melebihi paras harga tersebut.

Tags
Google ads
Back to top button