Buletin

FERRARI MONZA SP2 – SUPERCAR PALING CANTIK 2018

Ferrari Monza SP2 dinamakan sebagai Supercar Paling Cantik bagi tahun 2018 pada acara Fesrtival Automobil Antarabangsa Paris kali ke-34.

Anugerah berprestij itu diserahkan dalam satu majlis di Hotel National des Invalides yang dihadiri oleh lebih 600 tetamu, termasuklah tokoh-tokoh dalam dunia automotif dan wartawan berpengaruh.  

Ferrari Monza SP2 dan Ferrari Monza SP1 merupakan hasil daripada konsep Icona baharu. Ia diinspirasikan daripada pertandingan kereta Ferrari paling mengujakan pada sekitar tahun 1950-an.

Jentera itu merupakan interpretasi semula Ferrari terhadap gayaan yang tidak ditelan zaman. Ia kemudian dipasang dengan komponen-komponen termaju dan rangkaian kuasa berprestasi tinggi.  

Pasukan pereka bentuk di Pusat Gayaan Ferrari dilihat berjaya menghasilkan rekaan yang sangat elegan, minimalis dan bersih.

Juri menyatakan bahawa tiada kereta sebelum ini yang mempunyai rekaan sebegitu, menjadi simbol kepada hubungan simbiotik di antara manusia dan kereta.  

Google ads
Back to top button