BuletinMotosikal

PROGRAM LESEN MOTORSIKAL PERCUMA MULA DIBUKA HARI INI. (MAAF, UNTUK WARGA TERENGGANU SAHAJA)

Pada penghujung tahun lalu, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan inisiatif memberi kemudahan ujian lesen percuma kepada rakyat negeri itu. Ia diumukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada persidangan Bajet 2019.

Kerajaan negeri dijangka membelanjakan sekitar RM6.3 juta bagi program tersebut yang akan meliputi 25,000 permohonan anak jati negeri itu.

Bagi memastikan peruntukan tersebut mencapai matlamatnya, peruntukan akan diagihkan kepada 12 institut memandu seluruh Terengganu. Ia juga dilihat sebagai inisiatif kerajaan negeri memastikan belia khususnya memiliki lesen motosikal yang sah serta mengurangkan gejala mat rempit secara amnya.

Permohonan mula dibuka pada hari ini dan setiap individu dijangka dapat menjimatkan sekitar RM300 bagi keseluruhan kos ujian untuk mendapatkan lesen penuh.

Berikut ialah fakta mengenai program yang juga dikenali sebagai
Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 

  1. Dibuka untuk 25,000 orang yang layak.
  2. Permohonan mesti diisi melalui Atas Talian @ Online atau menggunakan borang secara manual.
  3. Berumur dr 16-40 tahun. (Genap umur mengikut tarikh lahir).
  4. Bujang atau sudah berkahwin.
  5. Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan MPKK atau Penghulu Mukim diperlukan.
  6. Permohonan pertama kali pertama sahaja.
  7. Pendapatan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan.
  8. Pelajar sekolah, IPT, pusat kemahiran layak memohon dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau MPKK atau Penghulu Mukim.
  9. Latihan @ kursus dalam negeri Terengganu sahaja.
  10. Borang permohonan melalui I-Dana hendaklah dicetak & disahkan oleh MPKK bersama dokumen diperlukan;
  • Kad Pengenalan
  • Slip gaji atau Pengesahan tempat pengajian,
  • Tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim.
  • Pemohon OKU bg LESEN B2 ini perlu lampir bersama salinan Kad OKU.

Pemohon juga mestilah;

  1. Bebas daripada saman JPJ atau PDRM. Jika ada pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.
  2. Pendaftaran dibuka bermula 1 Februari – 1 Mac 2019.
  3. Pelaksanaan program bermula 15 April 2019.
  4. Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN sahaja tidak termasuk kos lain yang dikenakan oleh institut memandu (kos pengangkutan dan lain lain).
  5. Pemohon yg berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia
  6. Untuk semakan boleh layari sesawang http://idana.terengganu.gov.my selepas1 April 2019.
Google ads
Back to top button