
‘HEALING’ DI STESEN MINYAK – GENG KELAB KERETA ‘H’ DIKECAM, BAHAYA DAN MENYUSAHKAN ORANG RAMAI
Tular baru-baru ini di laman sosial apabila sekumpulan kelab kereta Honda Jazz dan City Hatchback ‘berkelah’, memasak di stesen minyak Petron di Genting Highlands.
Selain bersantai dengan kerusi, meja lipat, video yang sempat tular sebelum dipadam oleh pemilik asal itu, memaparkan beberapa wanita memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih.
Bukan itu sahaja, aksi ‘healing’ berkenaan juga menyebabkan kesesakan hingga mengganggu pengguna lain.

Jelas, tindakan mereka mengundang bahaya, lebih-lebih lagi stesen minyak merupakan kawasan mudah terbakar.
Video berkenaan nyata mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-rata marah dengan tindakan kelab kereta berkenaan.
“Dengan kereta halang laluan, siap sempat keluarkan kerusi healing dan portable stove macam itu kawasan lapang.
“Makan campur lelaki perempuan. Polis datang, dia buat dunno. Rakam dan bangga,” luah seorang pengguna TikTok.

Komen lain, “Kalau dah buat gathering begini habis orang nak isi minyak tu macam mana? Berseronok tanpa susahkan orang tak boleh ke?”
Beberapa netizen juga berpendapat bahawa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan tersebut.
“Buat sesak. Menyusahkan orang lain nak isi minyak. Entah minta kebenaran pemilik stesen minyak ke tak. Kalau tak ada kebenaran, paling kesian cashier.
“Mesti kena maki sebab tak halau dan biarkan geng ni lepak situ.” – TikTok