Buletin

TOYOTA BAKAL PRODUKSI S-FR, DILANCARKAN MENJELANG 2027

Pada 2015, Toyota menarik perhatian kita dengan konsep S-FR, menjanjikan kereta sport dengan empat tempat duduk yang lebih kecil dan ringan berbanding 86.

Walaupun model konsep itu seakan hilang dari perkhabaran, Toyota tidak melupakan idea tersebut. Media Jepun melaporkan baru-baru ini bahawa S-FR akhirnya akan dibuat untuk pengeluaran.

Menurut laporan Best Car Magazine yang dikutip oleh Forbes, S-FR dijangka akan dilancarkan menjelang akhir 2026 atau awal 2027.

Tambahnya lagi, jentera ini sedang dibangunkan bersama Daihatsu dan Suzuki.

S-FR diharapkan menjadi coupe berenjin hadapan dengan pacuan roda belakang, menggunakan enjin turbo tiga silinder, menghamburkan kuasa kira-kira 150hp.

Terdapat juga spekulasi bahawa enjin serupa akan digunakan dalam Toyota Starlet yang dihidupkan semula dengan versi GR Performance.

Dari segi harga, Toyota menetapkan harga sekitar AS$22,700 (RM107,532) menjadikannya lebih murah berbanding Mazda MX-5.

Kehadiran S-FR juga menimbulkan persoalan mengenai persaingan dengan model lain seperti Celica yang dikatakan bakal dihidupkan semula.

Google ads
Back to top button