Advertorial

HONDA WR-V KINI LEBIH BERGAYA – RIM ALOI 17” STANDARD UNTUK SEMUA VARIAN

Kalau sebelum ni kita sebut pasal SUV kompak, mesti ramai fikir kereta ni sesuai untuk jalan bandar saja dengan ciri ciri istimewa seperti mudah diparkir, senang bergerak lancar dalam kesesakan, dan cukup sempurna untuk kegunaan harian. 

Tapi Honda nampak jauh ke depan untuk model WR-V, satu model SUV kompak yang memang sudah popular di Malaysia melalui satu sentuhan baru yang nampak ringkas tapi cukup bermakna iaitu rim aloi 17 inci kini jadi standard untuk semua varian!

Mungkin ada yang fikir, “alah… beza satu inci je dari standard biasa, apa sangatlah. ”Sebenarnya besar jugak impaknya dan memberi kelebihan dari segi:

  • Nampak sporty & premium – saiz rim 17” membuatkan WR-V nampak lebih gagah, tak kira sama ada anda pilih varian asas atau RS.
  • Pemanduan lebih stabil – tayar yang lebih lebar bagi cengkaman lebih yakin, terutama bila mengambil selekoh atau dipandu laju di highway.
  • Imej seragam –semua varian dah dapat rupa mantap ni.

Pendek kata, naik kereta ni terus nampak gaya SUV urban yang moden.

WR-V memang dicipta untuk pemanduan dalam bandar. Saiz badan yang kompak menjadikannya mudah dikendalikan di jalan sempit dan senang mencari ruang parkir di bandar. Tapi dalam masa sama, rim 17” bagi keyakinan ekstra apabila memandu jauh contohnya balik kampung atau bersantai ke pantai.

Dan inilah bahagian paling best kerana selain naik taraf rim, Honda Malaysia sekarang tengah menawarkan rebat sehingga RM8,000* untuk WR-V. Maksudnya bukan saja dapat rupa lebih segar dan mantap, tapi juga jimat poket semasa nak membeli.*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi yang tengah berkira-kira kereta baru, ini adalah masa yang terbaik untuk anda memiliki Honda WR-V. SUV kompak dengan harga menarik, rim besar standard, dan rebat kaw-kaw dan ia tawaran memang susah nak lawan.

  1. Rim Aloi 17” Standard – semua varian nampak sama bergaya.
  2. Smooth Driving Experience – stabil tapi tetap selesa untuk pemanduan harian.
  3. SUV Praktikal untuk Bandar – saiz kompak, versatile, sesuai untuk gaya hidup moden.

Jadi kalau anda tengah cari SUV kompak yang bukan sahaja praktikal tapi juga ada gaya, Honda WR-V dengan rim 17” standard untuk semua varian ni memang pilihan tepat. Ditambah pula dengan rebat sehingga RM8,000*, inilah masa terbaik untuk test drive Honda WR-V dan bawa pulang ke rumah anda.*Tertakluk kepada terma dan syarat.

 Kunjungi pengedar Honda berhampiran sekarang dan rasai sendiri perbezaannya.

Google ads
Back to top button