Buletin

HONDA AUSTRALIA HANYA JUAL DUA BUAH NSX SEJAK 2016 – INI BARU RARE

Ia kereta yang diimpikan ramai orang di seluruh dunia. Ia kereta sports hybrid paling ikonik dari Honda, paling berkuasa dan paling mahal dan paling tidak JDM. Kereta ini dibangunkan dan dipasang di Amerika sahaja dan ia dieksport ke seluruh dunia.

Di UK, negara pemanduan sebelah kanan (selain Jepun) permintaan NSX mendapat sambutan menggalakkan sehingga stok tersedia habis ditempah. Honda terpaksa menambah peruntukan sedia ada ke pasaran sana bagi memenuhi permintaan yang di luar jangkaan.

BACA: MISTERI HONDA NSX TYPE-R

Lain pula di pasaran pemanduan sebelah kanan di benua Australia. Sejak dilancarkan pada tahun lepas, Honda Australia hanya berjaya menjual dua buah NSX menjadikannya model paling suam-suam kuku Honda di negara Kanggaroo tersebut.

Menjual sebuah kereta setahun (satu pada 2016 dan satu pada 2017) bukanlah sesuatu yang anda jangka pada sebuah kereta berjenama Honda. Namun apa yang berlaku di Australia tidaklah memeranjatkan kerana kereta ini harganya merepek mahalnya.

Honda NSX berharga AUD420,000  (RM1.4 Juta) berbanding harga di Amerika sekitar USD150K (RM640K). Ia terlalu mahal untuk standard kereta berjenama Jepun. Malah ia lebih mahal dari sebuah Audi R8 V10 (AUD389,325).

Adakah pasaran kereta sports mewah Australia memang permintaannya rendah?

Tidak juga. BMW berjaya menjual 13 buah i8, Mercedes AMG GT berjaya dengan 72 unit, Nissan GT-R Nismo 21 unit dan Audi R8 21 unit.

Masalahnya ialah harganya yang sengaja diletak tinggi untuk menampilkan imej eksotik Honda moden. Menurut Honda Australia juga, tiga unit sedah ditempah hingga hujung tahun ini.

Mereka sebenarnya tidak mensasarkan jumlah jualan massa yang tinggi dan angka sedia ada sudah menepati sasaran dan mereka berpuashati.

Abang Japar rasa kalau jual kat Malaysia pun lebih boleh jual Honda NSX ni.

Ni mesti salesmen pemalas.

Agaknya la.

 

 

Google ads
Back to top button