Artikel PilihanBuletinMotosikal

MISTERI “KILL SWITCH” MOTOSIKAL , BILA SEBENARNYA IA PATUT DIGUNAKAN?

Ia mungkin persoalan yang terus menerus menjadi perdebatan dalam industri. Ada dua pendapat berbeza dalam hal ini. Ada yang berpegang kepada cara tradisional, menggunakan kunci suis penyala (ignition switch) tanpa menggunakan kill switch, ada yang menggunakan kedua-duanya tetapi mematikan enjin menggunakan kill switch terlebih dahulu.

Jadi, mana satu yang betul?

Tiada, istilah tepat, yang mana satu betul atau yang mana salah. Ia bergantung kepada yang mana anda nak percaya.

Kill switch berfungsi sebagai suis pemati enjin pantas, juga digelar sebagai Emergency Switch (suis kecemasan).

Sesuai dengan namanya, ia dicipta sebagai fungsi keselamatan untuk mematikan enjin dengan cepat kerana posisinya terletak pada ibu jari kanan penunggang. Di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, pemasangan kill switch ini adalah mandatori – wajib.

Katakan anda terjatuh, kemalangan atau motosikal tumbang ketika enjin dihidupkan. Cara paling cepat untuk mematikan enjin ialah dengan menekan suis ini, tanpa perlu memutar kunci penghidup.

Lazimnya perdebatan ini dibahaskan berdasarkan alasan masing-masing antaranya;

KILL SWITCH TAK PATUT DIGUNAKAN (MELAINKAN KECEMASAN)

  • Biarkan suis ini dalam keadaan RUN/.ON. Ia berfungsi hanya untuk kecemasan (motor tumbang, kemalangan, pendikit tersangkut ketika motor bergerak)
  • Ia tidak direka untuk digunakan dengan kerap (macam signal/hon). Menggunakannya selalu akan menyebabkan kakisan dan kemungkinan rosak awal lebih tinggi.
  • Jika anda biasa menggunakan suis ini, ia mungkin menyebabkan anda terlupa mematikan suis kunci/ignition. Bagi motosikal moden yang menyala lampu, bateri akan cepat kehilangan kuasa.
  • Jika enjin moden dengan suntikan bahanapi, penggunaan kill switch tidak memutuskan litar untuk pam bahanapi, dan ia tidak bagus ada tekanan bahanapi dalam penyuntik (injector) ketika enjin tidak hidup.
  • Mematikan enjin dan terlupa iginition, lampu menyala dan lampu utama LED akan menyebabkan lampu hadapan rosak/cair

KILL SWITCH BOLEH SAJA KALAU NAK PAKAI

  • Jika kerap menggunakan kill switch, otak anda akan ada memori pantas sekiranya berlaku kecemasan. Jari akan terus mencari kill switch tanpa berfikir untuk memutarkan kunci.
  • Kerosakan kerana kerap digunakan? Mengarutlah. ignition switch lebih kerap digunakan, adakah ia lebih cepat rosak?
  • Ia mudah digunakan dan memudahkan enjin mati dengan cepat. Benda dah ada, kenapa tak pakai?
  • Kalau tak percaya, tengok video di bawah ni, dia dah terangkan dengan terperinci, sirkit pendawaian, sistem pada enjin EFi, karburetor dan semuanya.

 

 

JADI YANG MANA PEGANGAN ANDA?

Sekali lagi, ia tentang apa yang anda nak percaya. Abang Japar memang TAK PAKAI KILL SWITCH. Terpulang, kau mungkin kata Abang Japar salah.

Abang Japar berpegang kepada pendapat olskool. kill switch memang direka untuk tujuan kecemasan/keselamatan. Ia adalah suis pemati enjin bukan pemati litar elektrik keseluruhan.

Misalnya, ketika Abang Japar memecut pada kelajuan 500km/j dan tiba-tiba pendikit (throttle) jammed. Masa itu lah fungsi kill switch. Kau gila nak lepas tangan kemudian putar kunci masa kelajuan cahaya?

Dan lagi satu yang paling penting, Abang Japar punya motor S1000RR memang ada isu kill switch ni.

Kau google je lah “BMW kill switch problem”. Seluruh dunia ada masalah yang sama.

Jadi buat apa nak cari penyakit dik oii.

Pulas je la kunci kan senang. Kill switch motor ni bukan ada jual kat Jalan Pasar, mahal nokrom harga dia.

 

 

Google ads
Back to top button