Artikel Pilihan

DAIHATSU LUXIO : BOLEH SUMPAH JADI MINI ALPHARD NI!

Pasaran MPV / Minivan di Indonesia sememangnya terlalu banyak untuk dibuat pilihan. Mahukan jenis yang murah, jenis yang mahal mahupun acah-acah mahal tapi masih kelihatan elegan, semuanya ada di sana. Bagi sebuah negara yang rata-rata isi rumahnya ramai sudah tentulah opsyen kenderaan yang mampu menampung sejumlah penumpang yang ramai menjadi pilihan. Dan bagi rakyat kita yang berkunjung ke Jakarta mahu pun Bandung, sudah tentu kelibat Daihatsu Luxio ini agak mudah untuk dilihat di jalanraya.

BACA : VAN, PELANCONGAN DAN CHINA. APA SEMUA INI?

BACA : VW KOMBI BAKAL KEMBALI – 70 TAHUN SELEPAS MODEL PERTAMA! :

Daihatsu Luxio ini kalau dilihat secara lahiriah, sudah tentu kelihatan sama seperti Daihatsu GranMax, sebuah van kargo merangkap food truck yang turut dijual di negara kita. Iya, memang benar. Luxio ini diasaskan daripada GranMax dan pasaran GranMax di Indonesia turut mempunyai varian untuk penumpang. Dan GranMax inilah juga yang banyak dijadikan sebagai mobil untuk disewa bagi kegunaan para wisata yang berkunjung di sana. Luxio ini pula sasaran penggunanya pula adalah golongan yang inginkan sesuatu yang lebih mewah dan kelihatan elegan berbanding kembarnya yang kelihatan begitu marhaen sekali. Nama Luxio ini juga diperolehi daripda perkataan luxury.

Sebagai sebuah MPV / Minivan bersaiz sederhana, menggunakan enjin 3SZ-VE yang bersesaran 1.5 liter sudah tentu memadai untuk mengusung sejumlah penumpang tanpa sebarang masalah. Walaupun berkeupayaan untuk mengisi sehingga lapan orang penumpang, namun harus diakui ianya cukup selesa untuk dihuni enam penumpang dewasa dengan formasi 2-2-2 tempat duduk yang turut dilengkapi dengan perehat tangan bagi menampilkan ciri-ciri mewah. Manakala pintu jenis gelungsur di kiri dan kanan menambahkan feel mewah orang kata.

Bagi menampakkan ciri yang lebih mewah lagi elegan, pihak Daihatsu Indonesia telah memperkenalkan tona warna gelap dalam ruang kabin terutamanya tempat duduk dan juga papan pemuka. Luxio ini yang dipasang di kilang yang terletak di Sunter, Jakarta Utara ini walau bagaimanapun tidak dilengkapi dengan ABS. Pakai brek angin. Ok, Brader acah aja. Dengar kata, menurut tinjauan yang dilakukan oleh Daihatsu, masyarakat di sana tidak mahu ABS dan beg udara dipasang pada Luxio ini. Bimbang dengan kenaikan kos barangkali.

Pada aras harga Rp 208.600.000 (RM 66,778.66) bagi varian tertinggi, ianya sedikit mahal berbanding GranMax namun dengan beberapa kemasan krom serta ditambah skrin sesentuh, paras rupa dengan ciri-ciri mewah, mencari pemilik baharu bukanlah sesuatu yang sukar buat Luxio ini. Kadang terfikir juga, kalau Perodua bawa masuk rebadge jadi Rusa generasi terbaharu pun molek juga rasanya. Lepas tu, tempa bodykit terus berubah paras rupa Alphard versi mini. Amacam?

Google ads

B K

Back to top button