Buletin

HONDA BINA PUSAT UJIAN DI THAILAND

HONDA R&D Asia Pacific (HRAP) mengumumkan bahawa ia akan membina sebuah pusat ujian di Taman Perindustrian Rojana, Prachin Buri, Thailand.

Honda-test-course-Thailand (4)

Kemudahan yang melibatkan pelaburan berjumlah 1.7 bilion Baht (RM208 juta) itu dijadual mula beroperasi pada tahun 2017.

Langkah itu diambil bagi mengukuhkan kemampuan penyelidikan dan pembangunan Honda. Sekali gus membolehkan Honda menawarkan produk yang kompetitif untuk memenuhi keperluan pelanggan di pasaran Asia dan Oceania.

Honda-test-course-Thailand (1)

Kemudahan ujian tersebut akan digunakan untuk menguji, menilai kualiti serta prestasi kenderaan. Di samping melengkapkan aktiviti semasa Honda yang merangkumi perancangan produk, reka bentuk, rekaan kejuruteraan, penyelidikan material dan kawalan kualiti.

Ia bakal dibina di atas tapak seluas 800,000 meter persegi dengan beberapa buah litar ujian.  Apabila siap nanti, ia akan menjadi pusat ujian kenderan Honda kedua di luar Jepun selepas Amerika Syarikat.

Kemudahan itu juga akan digunakan untuk produk-produk lain seperti motosikal dan janaan kuasa.

 

Google ads
Back to top button